Tuesday, February 24, 2009

MAGICIAN, WARRIOR, LOVER AND KING

Di pejabat memang terdapat banyak karektor yang berbeza yang boleh digambarkan atau dikategorikan sebagai magician, warrior, lover dan king. Siapa mereka ini?
MAGICIAN - mereka ni memang pandai berkata-kata, mulut yang manis, tahu bila nak hilangkan diri (Missing in Action) macam ahli silap mata tanpa bos perasan, tahu bila nak menunjukkan muka depan bos. Kewujudan mereka di pejabat penting sebab dengan magik mereka, suasana pejabat mungkin lebih ceria.
WARRIOR - mereka ni biasanya jenis tidak menolak kerja. Jarang Missing in Action dan jenis "Saya yang menurut perintah". Kalau terlalu ramai warrior pun pejabat tidak berapa ceria dan monotonous. Perlu ada arahan dan info untuk bekerja.
LOVER - Ni pulak jenis sangat bertolak ansur, soft spoken, tidak suka kecoh-kecoh di pejabat tetapi suka mendengar cerita orang lain. Kalau cerita benar OK lah tetapi kalau fitnah tentu sahaja huru hara.
KING - mereka ni jenis autocratic, suka memerintah, suka dipuji oleh rakan-rakan dan anak buah. Biasanya mereka ni rasa pendapat dia saja yang betul. Pendapat orang lain mungkin betul tapi tak sebaik pendapat dia. Most of the time kata-kata dia adalah keputusan kalau dia jadi bos. Lebih suka bercakap dan gembira kalau orang lain diam dan mendengar apa yang dikatakan.

No comments: