Wednesday, January 28, 2009

LEBIH TAKUT SETAN DARI TAKUT ALLAH

Satu hari Jijin balik dari sekolah kebangsaan bertudung. Tentulah terkejut. Kenapa pakai tudung? Baru darjah 2. Cikgu kata kalau masuk tandas tak pakai tudung, setan akan berak atas kepala. Jadi budak-budak hingusan ni pun pakai tudung takutkan setan. Inikah realiti mentaliti cikgu-cikgu melayu islam masa kini? Apa dah jadi dengan sistem pendidikan di Malaysia? Perkara yang baik dilaksanakan dengan cara yang salah. Di dalam media baru-baru ini anak-anak hingusan ini dipaksa menonton video tentang gambaran kematian yang menakutkan. Pelajar-pelajar ditanamkan dengan ketakutan yang tidak berkaitan dengan kebesaran Allah. Mereka ditanamkan dengan perasaan takut setan, takut mati, takut itu dan takut ini... bukan diajar supaya beriman dan menyembah Allah. Mana dia Rukun Islam? Mana dia penekanan terhadap Rukun Iman? Bertudung bukan jadi amalan tetapi disebabkan ketakutan terhadap kekuasaan setan yang ada dalam jamban sekolah. Astaghfirullah. Keluar dari pagar sekolah peraturan itu tidak lagi terpakai. Kalau mereka ini diberi penekanan terhadap perkara asas dalam Islam, Insya Allah perkara-perkara fizikal seperti berpakaian akan dimenifestasi dalam kehidupan seharian. Wahai ustaz dan ustazah, wahai guru-guru, berfikiran terbukalah sedikit.

Thursday, January 22, 2009

TERKENANG SEMASA DULU

Teringat kisah-kisah semasa belajar 3rd dan 4th year kat US dulu (1990). Masa tu dah pakai kereta. Rupa dia adalah lebih kurang macam gambar sebelah ni. Color pun sama. Kereta Honda Accord Hatchback tahun 1979. Walaupun tidak berapa cantik tetap reliable walau dalam cuaca sejuk dan salji mencurah-curah atau dalam musim summer yang panas terik. Aircon tak ada cuma ada heater. Banyak jasa kereta ni. Bawak student baru pi shopping dan ke kelas. Minyak masa tu pun murah. Lebih kurang 89 cent segelen. Isi 2-3 dollar cukup dah. Banyak tempat boleh ronda. Memanglah tak duduk rumah, ada je projek shopping, tengok wayang, dating dll. Wifey, masa tu baru jadi girlfren pulak.

Bila balik Malaysia, start kerja duit pun tak ada. Nak beli kereta tak mampu. Patah kaki rasanya. Terpaksalah pinjam motor Aki - Suzuki Cub. Motor tu masih OK dan digunakan oleh Che Din. Motor tu pun banyak jasanya. Isi RM2 dah boleh pergi Teluk cempedak dan ronda-ronda Bandar Kuantan. Motor tulah kenderaan rasmi ke pejabat selama 3 tahun. Satu-satunya Penolong Pengurus dan Marketing manager yang naik moto pergi kerja. Cuma kalau ada tugas rasmi nak jumpa client baru mintak driver pejabat hantar dengan Mercedes 230. Ni macam teksi punya mercedes. Janji mercedes. Bukan aku sorang guna. Semua orang kat pejabat boleh naik.


Bila kerja di KL, staff aku offer nak jual moto kapcai EX5 sebab dia nak kawin dan bapak dia tak bagi naik motor takut accident, nanti tak sempat kawin. Dia kata bayar RM1000 dulu dan RM800 lagi bayar bulan-bulan ,-RM100 sebulan. Masa tu ada 1 kereta saja, wifey yang guna di Jengka. Instead of naik bas dari Keramat ke Jalan Duta, kali ni naik kapcai pulak. Jimat masa hanya 15 minit ke pejabat. Kalau naik bas atau kereta mau lepas magrib baru sampai rumah sewa di Keramat. Aku kadang-kadang terfikir jugak, mungkin staff aku ni kesian kat aku sebab tu dia offer moto kapcai tu. Ialah...dah jadi gomen officer pun masih lagi naik bas, kereta pun tak ada. Apa nak buat masa tu gaji gomen entry level gred 3 atau gred 41 tak sampai pun RM1400 termasuk elaun. Sekarang gaji budak-budak baru ni dah besar. Baru kerja pun dah pakai Honda city. Kalau tak pun pakai Waja. Zaman dah berubah...

Tuesday, January 20, 2009

41

Semalam - 19 Januari.
Birthday. Ramai juga yang ucapkan Happy Birthday. Terima kasih di atas ingatan dan ucapan selamat dari wifey, anak-anak, adik-adik, kawan-kawan lama, kawan-kawan baru di ofis dan asisstant-assistant. OK jugak kalau dapat hadiah macam sebelah ni? atau bawah ni...

Tuesday, January 13, 2009

BOIKOT US-ISRAEL

Kalau tak boleh buat perkara besar untuk menyatakan sokongan kita kepada penduduk Gaza mungkin kita boleh buat perkara-perkara kecil yang besar maknanya.
Klik di sini & sini























Thursday, January 08, 2009

TERENGGANU OH TERENGGANU

Alhamdulillah Allah masih memberi kesempatan untuk bercuti bersama family, che din, mommy(Future Governor - thanks to our sponsor), sleepyhead, aki dan wan. Tahun lepas di PD dan kali ini di Awana Kijal, Terengganu. dari 25-27 Dis. 2008. Tahun lepas Din dan Ja tak dapat join tapi kali ini Ida pulak. Zack pun tak dapat join. Apa kata akhir tahun 2009 kita buat cuti ala family day pulak. Ada games dan BBQ. Hopefully semua dapat join this year. Semoga Allah memberi kita semua kesihatan yang baik, rezeki yang mencukupi dan umur yang panjang. This coming CNY I'll be joining wifey's family di Lumut pulak. Cuti-cuti Malaysia lagi.




























Makan malam dan breakfast. Memang seronok makan bersama-sama. Meja breakfast kita orang yang paling panjang. Walau buffet brekafast, siap tapau lagi. Makan malam pulak kita orang makan di bilik beramai-ramai. Masak nasi dan beli lauk. Lagi sedap daripada makan di restoran












Dah penat di kolam, lepak di pantai. Biaslah bulan disember di pantai timur, laut bergelora.Mommy and family dan Sleepyhead & Joe















Orang lain tak bangun tidur lagi, budak-budak ni dah berendam. Nampak macam tak ada orang tapi after 10 am, budak-budak penuh macam ikan keli dalam besen.


Hari Sabtu lepas check out sambung lagi cuti ke Kuala Terengganu dengan Aki, Wan, Mommy dan sleepyhead. Din terus balik Kuantan. This is not the original plan sebab takut stranded sebab banjir tapi nampaknya hari clear dan wifey dok beria benar nak gi KT. Try to book hotel di KT tapi semua fully booked. So redah saja. Mungkin ada hotel tak ada star. Berhenti lunch sebelum sampai bandar KT. Lebih kurang jam 2.30pm sampai KT, terus pergi Pasar Kedai Payang. Penuh sesak. Wifey memanglah senyum sampai telinga bab shopping ni. Orang lain nampak flat dah especially the kids. Lebih kurang jam 4.30pm bertolak ke rumah adik Aki - Su di Kampung Pasir Tinggi.
Rumah Su dah dah besar. Dapur batu, bukan lagi kayu. Beranda pun dah dibuat baru tapi masih kekal layout yang sama. Hidup Su lebih senang sekarang hasil peninggalan harta pusaka dan tanah peninggalan Toki. Kak Zaimah yang menjaga kami masa kecik pun ada. Kami dihidangkan dengan teh, pisang goreng dan keropok lekor. Licin semuanya.
Pada mulanya Joe, Sleepyhead, Aki dan Wan bercadang untuk terus balik ke Kuantan. Mommy undecided. Tapi selepas perbincangan, keputusan muktamad - pergi semula ke bandar KT cari hotel walaupun sebelum ini dah call Primula, Hotel Sri Malaysia, Permai Inn, Batu Burok B.R., Grand Continental dan FELDA Residence. Semua penuh. Anyway Joe jumpa 1 hotel. Walau hanya 2 bintang, dapat 3 bilik sebab ada yang tak check in last minute. Kalau nak komplen memang seguni boleh komplen pasal hotel ni. Disebabkan cuti sekolah dan last minute eloklah kita terima seadanya. Barulah adventurous dan menarik. Keesokannya, wifey plan to go shopping again di Pasar Payang. Ikut you lah. Nanti merajuk, susah nak pujuk pulak. Lepas tu nak pergi Masjid Kristal, Taman Tamadun Islam. Ni lah satu-satunya peninggalan Pak Lah.
























Ada KFC baru ke sebelah kedai keropok lekor ? Biasa logo warna merah, ni warna hijau pulak dah.