Monday, December 15, 2008

KENDURI

Sempena Cuti sekolah, memang banyak sekali aktiviti makan. Majlis Perkahwinan dan Pertunangan. Abang Sham dan Che Yong baru sahaja menerima rombongan peminangan dari jiran belakang rumahnya untuk menyunting Dina pada Sabtu lepas (13 Dis. 2008). Majlis ala garden lunch. Siap dengan pelamin sekali. Dina dan tunang bekerja di London. Malam tu juga dia orang balik London. Aku dulu simple saja. Bajet kurang. Depa ni senang lenang. Dah tiba generasi anak saudara pulak memasuki alam perkahwinan. Nanti giliran anak-anak sendiri pulak.


Dina disarungkan cincin oleh bakal ibu mertua

Selepas function di rumah Che Yong, bawak anak-anak ke Istana Budaya untuk tengok teater muzikal kanak-kanak Sinbad. Pementasan bermula jam 3pm dan berakhir jam 6pm. Jijin kata bolehlah... tapi tak tahu apa maksudnya.




Hari Ahad 14 Dis 2008 pergi ke rumah Yop Ali pulak. Makan lagi. Majlis Perkahwinan Hani. Akad nikah di adakan pada hari sebelumnya. Meriah juga dengan 8 khemah didirikan.

Last sekali pergi ke kenduri kawin salah seorang staf. Intan Suria, Penolong Setiausaha di MKD.


Kepada yang baru mendirikan rumah tangga, Selamat Pengantin Baru. Banyak dugaan lepas habis tempoh bulan madu. Especially bila madu dah habis. Tak manis dah.

Wednesday, December 10, 2008

PETRONAS-INSEAD SMDP - PHOTOLOG

Welcoming Dinner di Hotel Equatorial, Bangi
Class di INSEAD, Singapore



Projek CSR merupakan salah satu modul dalam SMDP. Banyak juga duit dikumpulkan untuk bantu rumah anak-anak yatim dan miskin ni. TM telah bermurah hati sponsor outing anak-anak Asrama Penyayang ke Menara Kuala Lumpur. Peserta kursus dikehendaki menjadi ibu bapa angkat sementara. Anak yang aku jaga bukanlah anak yatim tetapi keluarganya miskin. Ayahnya masuk penjara. Adik beradik 7 orang. Mak dah kahwin lain. Ada kakak yang dah kahwin dan ada seorang abang lelaki berusia 14 tahun yang tak bersekolah dan sudah bekerja sebagai kuli di KL. Rumah Penyayang ni pun nampak daif. Tak sangka pula ramai orang yang begitu susah di luar sana. Mungkin kita sedikit bertuah dengan rezeki yang mencukupi, makanan dan pakaian yang mewah dan cantik. Kalau ada rezeki lebih pergilah jengok-jengok dan cari orang yang memerlukan bantuan seperti mereka. Berkotak-kotak kismis dan kacang habis setiap kali class module. Mengantuk gila terutama sebelah petang.
Gambar Bawah: Solving problem/ treasure hunt


Friday, December 05, 2008

PETRONAS-INSEAD SMDP, 5-28 NOV. 2008

Inilah kali pertama sejak 5 tahun lepas aku berkursus panjang selama 3 minggu. 5-7 Nov. di Equatorial, Cameron Highlands, 8-22 di PERMATA Bangi dan 23-28 di Singapore. Belas ikhsan Petronas yang menawarkan tempat kepada pegawai kerajaan. Seramai 30 peserta - 1 MOF, 2 Telekom, 1 American Eagle Tanker USA, 2 Gasunie Holland dan selebihnya GM dan Senior Manager Petronas. Tak sangka pulak orang Petronas ni banyak cakap. Ingatkan dia orang ni pendiam macam neighbor aku yang dah pergi Saudi tu. Anyway depa ni semua nice persons termasuklah 3 mat saleh. Selepas taklimat dan suaikekenal di PERMATA pada 5 Nov, program seterusnya adalah lawatan ke Rumah Penyayang Nur Iman di Setapak untuk meninjau program Corporate Sosial Responsibility (CSR) yang akan diadakan pada minggu kedua. Hari Khamis 6 Nov 2008, bertolak ke Cameron Highlands untuk ice breaking session. Grup ni dipanggil Petronas Keepers-2, atau PK2. Group kedua yang menjalani ice breaking session dengan D'Jungle People Training Consultant. Ini semua budak-budak punya game. Class games, discussion, out door aktivities untuk inculcate teamwork sebelum bermula academic class untuk 3 minggu berikutnya. OKlah setakat ni dulu. Nanti cerita lagi.
Thank God it's Friday. Time to go home. Hari Isnin Raya Haji. So, selamat menjalankan ibadah korban kepada sesiapa yg berkorban. Yang pulang jauh ke kampung, pandu berhati-hati. Kali ni kita orang beraya di Shah Alam dan Taman Tun.

Tuesday, December 02, 2008

PSP DAN PERUBAHAN ZAMAN

Aiman baru dapat PSP sebagai hadiah UPSR. Tapi jangan dok main PSP saja sampai lupa buat perkara lain yang wajib seperti sembahyang. Kerja lain pun kena buat dengan pantas macam main PSP. Lama dulu, anak-anak lebih suka main outdoor games seperti bolasepak, badminton, hoki, kriket dll. Paling tidak main layang-layang tak kira pagi, tengahari atau hujan. Sesekali main indoor games seperti dam, chess, karom atau daun terup. “Tapi sekarang zaman dah berubah.” Itulah yang Aiman dan Shaheera selalu katakan, meniru kata-kata iklan di TV bila ditegur. Walaupun zaman telah berubah tetapi nilai-nilai baik seperti menjaga kebersihan, aktif, berbudi bahasa, sopan, rajin masih tidak berubah. Dinegara maju pun, kanak-kanak dan remaja masih di tekankan dengan nilai yang baik termasuklah menjaga kebersihan, berbudi bahasa serta aktif bersukan dan beriadah di luar rumah walaupun banyak alternative lain berbentuk digital di dalam rumah. Di negara maju masih banyak tempat rekreasi dan padang permainan dibina bagi membolehkan interaction, pembangunan fizikal dan mental berlaku. Malang sekali di Malaysia, mat lepak dan rempitlah yang paling aktif bersidai ditepi jalan dan Cineplex. Padang permainan tak cukup sebab dah buat shopping complex. Padang golf banyak dibina untuk orang kaya dan tua kerana mendatangkan wang yang banyak. Antara sebab sukan makin mundur kecuali sukan individu tertentu, tentu saja sebab remaja Malaysia tidak lagi seaktif dulu. Badan mungkin besar makan junk food tetapi lembik. Stamina pun tak bagus. Nak main bola tak larat. So, main saja video game bola. Janji main bola jugak.