Semalam bukan semua penderitaan tetapi sebuah pengalaman yang mengajar erti ketabahan. Hari ini bukan kekecewaan tetapi satu waktu dan kesempatan untuk mencari kebahagiaan.
Wednesday, June 11, 2008
UMRAH, 22 Mei - 3 Jun 2008
Akhirnya cita-cita yang tertangguh terlaksana. Aku datang membawa rasa kesyukuran di atas nikmat yang telah Allah kurniakan. Mengkagumi kebesaranNya. Menjejaki Kiblat jutaan muslim dan muslimat. Simbol penyatuan umat Muhammad(SAW) terhadap kebesaranMu, Ya Allah. Di sini, di hadapan Multazam dan pintu Kaabah airmata bercucuran memohon rahmat, kebaikan di dunia dan akhirat. Semoga ditambah keberkatan dan kebaikan. Menangis gembira dengan ribuan nikmat dan rezeki yang telah dikurniakan. Doa-doa yang telah diterima. Mimpi yang menjadi realiti. Harapan yang menjadi kenyataaan. Keajaiban yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Alhamdullilah, aku bersyukur kepada Mu. Dan dengan rezekiMu aku akan kembali lagi. Insya Allah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Seronok dan lapang hati melihat gambar2 di madinah dan mekkah.
Alhamdullilah...saya berpeluang menjadi tetamu Allah tahun lepas.
Ingin lagi kesana...InsyaAllah.
Insya Allah semoga cita-cita saudara Kassim menjadi kenyataan. Terima kasih juga kerana sudi melawat blog saya.
Post a Comment