Wednesday, June 25, 2008

NASIHAT UNTUK SHAHEERA

Along kata nak jadi Linguist. Terpulanglah pada Along. Ayah tak kisah as long Along minat dan suka apa yang Along buat. Tapi semua kerja perlu buat bersungguh-sungguh. Along dari sekolah rendah memang cerdik dan hampir setiap tahun mendapat hadiah. Tapi cerdik sahaja tak cukup, kena berdisiplin, buat sungguh-sungguh dan minta pertolongan Allah. Ayah tak pandai sangat tapi biasanya ayah akan buat kerja bersungguh-sungguh. Allah tolong orang yang buat sesuatu bersungguh-sungguh. Ayah doakan Along dan adik-adik berjaya mencapai cita-cita masing-masing.




Tuesday, June 24, 2008

PHOTOLOG UMRAH II - MEKAH

Kami bertolak dari Hotel lebih kurang pukul 8.00 pagi menuju ke Mekah. Bas menyusur perlahan melalui perkuburan Baqee di sebelah kiri Masjid Nabawi. Kami singgah di Masjid Bir Ali, lebih kurang 20 minit perjalanan dari Hotel. Sembahyang sunat dan seterusnya berniat Umrah di dalam bas. Perjalanan mengambil masa 6 jam lebih termasuk singgah makan tengahari dengan menu special 'Nasi Mandi' yang dihidangkan di dalam dulang besar. Kami tiba di Mekah lebih kurang pukul 2 petang. Check in Hotel dan bersihkan diri sebelum melakukan tawaf pada pukul 4.00 petang. Cuaca panas tapi tidak begitu terasa apabila melangkah masuk ke Masjidil Haram. Sebelum ke Mekah pernah dengan cerita-pelik seperti ada jemaah yang tidak nampak Kaabah dan macam-macam cerita yang sukar untuk dijelaskan. Alhamdulillah, aku nampak Kaabah. Seperti percaya tidak percaya aku tiba juga di sini. Di sini juga jutaan Muslimin dan Muslimat yang terdahulu dari aku pernah menjadi tetamu Allah.
Lorong ke Masjidil Haram -Sebelah kiri adalah Hotel Hilton, Mekah

Auntida, Ayahanda, Sleepyhead dan Bonda setelah selesai Sai di antara Safa dan Marwah















Bawah: Tulisan di kelambu Kaabah


Atas: Jemaah sedang tawaf sebelum masuk waktu Isyak. Agak ramai seperti musim Haji.


Friday, June 13, 2008

PHOTOLOG UMRAH - MADINAH

Kami tiba di airport Madinah jam 8.12 pm hari Khamis 22 Mei 2008 atau 1.12 am Jumaat 23 Mei 2008(Malaysia) dengan Saudi Air. Lebih kurang 9 jam perjalanan termasuk transit selama 40 minit di Dammam. Airport clearance agak lambat sebab ramai orang yang hampir kesemua datang sebagai tetamu Allah. Dari Airport ke Hotel perjalanan dengan bas mengambil masa lebih kurang 20 minit. Check in Hotel. Dari Hotel boleh nampak menara di sebelah hujung melalui pintu no. 16. Lebih kurang 100 meter ke Masjid Nabawi. Cuaca panas, 45 degree Celsius pada sebelah siang. Di sebelah malam angin panas masih terasa menyapa. Namun dengan kebesaran Allah, di tanah gersang dan panas ini tetap dipenuhi dengan tetamu-tetamu Allah yang datang dari seluruh pelusuk dunia hanya kerana Allah. Kami berada di Madinah sehingga pagi Ahad (25 Mei 2008) sebelum bertolak ke Mekah untuk mengerjakan Umrah.

Di belakang Makam Rasulullah (SAW)



Di dalam Masjid Nabawi




Raudhah- antara Makam Rasulullah dan Mimbar Baginda. Ramai berebut untuk mendapat tempat bersembahyang dan berdoa di sini. Alhamdulillah, dapat juga bersembahyang di sini. Banyak tiang-tiang dengan namanya tersendiri.

Perkuburan Baqee,
terletak di sebelah kiri Masjid Nabawi


Signboard dalam bahasa Melayu/Indonesia


Wednesday, June 11, 2008

UMRAH, 22 Mei - 3 Jun 2008


Akhirnya cita-cita yang tertangguh terlaksana. Aku datang membawa rasa kesyukuran di atas nikmat yang telah Allah kurniakan. Mengkagumi kebesaranNya. Menjejaki Kiblat jutaan muslim dan muslimat. Simbol penyatuan umat Muhammad(SAW) terhadap kebesaranMu, Ya Allah. Di sini, di hadapan Multazam dan pintu Kaabah airmata bercucuran memohon rahmat, kebaikan di dunia dan akhirat. Semoga ditambah keberkatan dan kebaikan. Menangis gembira dengan ribuan nikmat dan rezeki yang telah dikurniakan. Doa-doa yang telah diterima. Mimpi yang menjadi realiti. Harapan yang menjadi kenyataaan. Keajaiban yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Alhamdullilah, aku bersyukur kepada Mu. Dan dengan rezekiMu aku akan kembali lagi. Insya Allah.