Monday, December 15, 2008

KENDURI

Sempena Cuti sekolah, memang banyak sekali aktiviti makan. Majlis Perkahwinan dan Pertunangan. Abang Sham dan Che Yong baru sahaja menerima rombongan peminangan dari jiran belakang rumahnya untuk menyunting Dina pada Sabtu lepas (13 Dis. 2008). Majlis ala garden lunch. Siap dengan pelamin sekali. Dina dan tunang bekerja di London. Malam tu juga dia orang balik London. Aku dulu simple saja. Bajet kurang. Depa ni senang lenang. Dah tiba generasi anak saudara pulak memasuki alam perkahwinan. Nanti giliran anak-anak sendiri pulak.


Dina disarungkan cincin oleh bakal ibu mertua

Selepas function di rumah Che Yong, bawak anak-anak ke Istana Budaya untuk tengok teater muzikal kanak-kanak Sinbad. Pementasan bermula jam 3pm dan berakhir jam 6pm. Jijin kata bolehlah... tapi tak tahu apa maksudnya.




Hari Ahad 14 Dis 2008 pergi ke rumah Yop Ali pulak. Makan lagi. Majlis Perkahwinan Hani. Akad nikah di adakan pada hari sebelumnya. Meriah juga dengan 8 khemah didirikan.

Last sekali pergi ke kenduri kawin salah seorang staf. Intan Suria, Penolong Setiausaha di MKD.


Kepada yang baru mendirikan rumah tangga, Selamat Pengantin Baru. Banyak dugaan lepas habis tempoh bulan madu. Especially bila madu dah habis. Tak manis dah.

Wednesday, December 10, 2008

PETRONAS-INSEAD SMDP - PHOTOLOG

Welcoming Dinner di Hotel Equatorial, Bangi
Class di INSEAD, Singapore



Projek CSR merupakan salah satu modul dalam SMDP. Banyak juga duit dikumpulkan untuk bantu rumah anak-anak yatim dan miskin ni. TM telah bermurah hati sponsor outing anak-anak Asrama Penyayang ke Menara Kuala Lumpur. Peserta kursus dikehendaki menjadi ibu bapa angkat sementara. Anak yang aku jaga bukanlah anak yatim tetapi keluarganya miskin. Ayahnya masuk penjara. Adik beradik 7 orang. Mak dah kahwin lain. Ada kakak yang dah kahwin dan ada seorang abang lelaki berusia 14 tahun yang tak bersekolah dan sudah bekerja sebagai kuli di KL. Rumah Penyayang ni pun nampak daif. Tak sangka pula ramai orang yang begitu susah di luar sana. Mungkin kita sedikit bertuah dengan rezeki yang mencukupi, makanan dan pakaian yang mewah dan cantik. Kalau ada rezeki lebih pergilah jengok-jengok dan cari orang yang memerlukan bantuan seperti mereka. Berkotak-kotak kismis dan kacang habis setiap kali class module. Mengantuk gila terutama sebelah petang.
Gambar Bawah: Solving problem/ treasure hunt


Friday, December 05, 2008

PETRONAS-INSEAD SMDP, 5-28 NOV. 2008

Inilah kali pertama sejak 5 tahun lepas aku berkursus panjang selama 3 minggu. 5-7 Nov. di Equatorial, Cameron Highlands, 8-22 di PERMATA Bangi dan 23-28 di Singapore. Belas ikhsan Petronas yang menawarkan tempat kepada pegawai kerajaan. Seramai 30 peserta - 1 MOF, 2 Telekom, 1 American Eagle Tanker USA, 2 Gasunie Holland dan selebihnya GM dan Senior Manager Petronas. Tak sangka pulak orang Petronas ni banyak cakap. Ingatkan dia orang ni pendiam macam neighbor aku yang dah pergi Saudi tu. Anyway depa ni semua nice persons termasuklah 3 mat saleh. Selepas taklimat dan suaikekenal di PERMATA pada 5 Nov, program seterusnya adalah lawatan ke Rumah Penyayang Nur Iman di Setapak untuk meninjau program Corporate Sosial Responsibility (CSR) yang akan diadakan pada minggu kedua. Hari Khamis 6 Nov 2008, bertolak ke Cameron Highlands untuk ice breaking session. Grup ni dipanggil Petronas Keepers-2, atau PK2. Group kedua yang menjalani ice breaking session dengan D'Jungle People Training Consultant. Ini semua budak-budak punya game. Class games, discussion, out door aktivities untuk inculcate teamwork sebelum bermula academic class untuk 3 minggu berikutnya. OKlah setakat ni dulu. Nanti cerita lagi.
Thank God it's Friday. Time to go home. Hari Isnin Raya Haji. So, selamat menjalankan ibadah korban kepada sesiapa yg berkorban. Yang pulang jauh ke kampung, pandu berhati-hati. Kali ni kita orang beraya di Shah Alam dan Taman Tun.

Tuesday, December 02, 2008

PSP DAN PERUBAHAN ZAMAN

Aiman baru dapat PSP sebagai hadiah UPSR. Tapi jangan dok main PSP saja sampai lupa buat perkara lain yang wajib seperti sembahyang. Kerja lain pun kena buat dengan pantas macam main PSP. Lama dulu, anak-anak lebih suka main outdoor games seperti bolasepak, badminton, hoki, kriket dll. Paling tidak main layang-layang tak kira pagi, tengahari atau hujan. Sesekali main indoor games seperti dam, chess, karom atau daun terup. “Tapi sekarang zaman dah berubah.” Itulah yang Aiman dan Shaheera selalu katakan, meniru kata-kata iklan di TV bila ditegur. Walaupun zaman telah berubah tetapi nilai-nilai baik seperti menjaga kebersihan, aktif, berbudi bahasa, sopan, rajin masih tidak berubah. Dinegara maju pun, kanak-kanak dan remaja masih di tekankan dengan nilai yang baik termasuklah menjaga kebersihan, berbudi bahasa serta aktif bersukan dan beriadah di luar rumah walaupun banyak alternative lain berbentuk digital di dalam rumah. Di negara maju masih banyak tempat rekreasi dan padang permainan dibina bagi membolehkan interaction, pembangunan fizikal dan mental berlaku. Malang sekali di Malaysia, mat lepak dan rempitlah yang paling aktif bersidai ditepi jalan dan Cineplex. Padang permainan tak cukup sebab dah buat shopping complex. Padang golf banyak dibina untuk orang kaya dan tua kerana mendatangkan wang yang banyak. Antara sebab sukan makin mundur kecuali sukan individu tertentu, tentu saja sebab remaja Malaysia tidak lagi seaktif dulu. Badan mungkin besar makan junk food tetapi lembik. Stamina pun tak bagus. Nak main bola tak larat. So, main saja video game bola. Janji main bola jugak.

Monday, November 03, 2008

ANTARA 2 PILIHAN

Macam nak pilih girfren pulak tajuknya. Eh bukan... girfren. Nanti perang besar. Macam AK47 lah pulak muluk Zarina meletup-letup menembak husband dia yang baik dan hensem ni. Ni antara pilihan nak pergi kursus dengan tak pergi kursus. Kalau jadi pergi kursus, lama juga lebih 20 hari melarikan diri dari pejabat. Dapat ilmu dan dapat kawan baru, mostly org Petronas. Kalau tak pergi kursus, kena pergi beberapa mesyuarat. Tapi mesyuarat tu ada elaun. Banyak pulak tu. Boleh cuti end of the year. Kalau pergi kursus tak dapat elaun meeting. Fening..fening. Kalau tak gi kursus Petronas-INSEAD ni tak ada peluang dah. Ni untuk senior management. Macam mana ni? Kalau boleh nak dua-dua sekali. Baru betul-betul Raya Haji dan cuti tahun baru. Boleh tak U you all postphone meeting-meeting tu ke bulan Disember? Balik kursus, I pergi meeting pulak. Macam mana datin Zarina? Nak duit ke nak ilmu? Nak buat pilihan ni pun susah. Macam manalah agaknya kalau ada 2 atau 3 bini. Lagi banyak pilihan kena buat.

Friday, October 31, 2008

TAZKIRAH JUMAAT

Terbaca dalam blog lain. Bagus jugak untuk difikir-fikirkan. Sebab terkadang kita terlupa yang kita ni manusia biasa. Hanya Allah yang lebih mengetahui setiap segala sesuatu.

1. "Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.” (Al-Baqarah : 216)

2. “Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; `kami telah beriman,’ sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yg dusta.” (Al-Ankabut : 2-3)

3. “Janganlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yg beriman.” (Al-Imran : 139)

Wednesday, October 15, 2008

HONG KONG & GUANDONG, CHINA, 6-8 OKT 2008

6 Okt 2008. Jam 6.45 pm 6 Syawal aku bertolak ke Hong Kong. Sampai lebih kurang 11 pm di airport Hong Kong. Design airpot ada mirip KLIA. Malah skim warna kelabu hampir sama dengan KLIA cuma KLIA nampak lebih grand. Cuaca sedikit nyaman dari Malaysia. Check in Hotel 4 Seasons, bersihkan diri dan tidur. Mungkin 4 Seasons ni ratingnya rendah sikit dari Mandarin Oriental Hong Kong tetapi lokasinya lebih baik, berdepan dengan jeti untuk menyeberang ke Kowloon. Dapat tengok banyak bot dan feri penumpang. Pemandangannya cantik. Esok (8 Okt. 08) perlu ke Dongguan Province, Guandong, daerah selatan China. Jadual padat. Nampaknya macam tak ada masa nak bershopping.
Hotel 4 Seasons

Pemandangan jeti dari tingkat 15 bilik Hotel (1515) dan shopping kompleks IFC di sebelah 4 Seasons



7 Okt. 2008. Sarapan. Omellete, beberapa keping roti dan juice. Makanan lain tak boleh makan. Bilnya 250 Hong Kong dollar. Duit Malaysia lebih kurang RM120. Mahal. Di Shangrila Putrajaya breakfast baru RM50. Jam 9.00 pagi bertolak ke Dongguan manaiki Toyota Alphard untuk business meeting dan factory visit. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 2 jam. Lawatan ini penting. Sekiranya tiada halangan, syarikat refinary China ini akan dimiliki oleh syarikat Malaysia dengan kos pelaburan yang reasonable dan tak mungkin sebuah kilang baru dapat dibina di Malaysia dengan kos sebegitu. Hopefully, keputusan yang dibuat adalah keputusan yang terbaik untuk syarikat dan negara.

Keadaan selatan China terutama di Shenzen agak moden. Pembangunannya boleh dikatakan at par dengan KL. Bandar besar, hiway luas dan kereta banyak dari model terbaru seperti Camry dll. Malah perjalanan kami selama 2 jam adalah melalui elevated hiway 3 lorong, bukan atas tanah. Lebih besar dari North South Highway di Malaysia. Walau bagaimanapun, terdapat perbezaan disepanjang perjalanan dimana pembangunan dan infrastruktur semakin tidak tersusun dan semakin mundur apabila perjalanan semakin ke utara China. Yang menarik, terdapat iklan minyak pelincir Petronas di Highway. Besar papan iklannya sebelum memasuki terowong. Pasaran di sini amat besar terutama dengan penduduk seramai 1.33 billion.

Jam 11.00 pagi kami sampai di XinSha Industrial Park, Machong, Dongguan. Taklimat ringkas oleh rakan kongsi dan seterusnya melawat kilang, makan tengahari dan perbincangan sehingga jam 4.00 pm. Semua ALP berpuashati dengan keadaan kilang ini. Sekiranya pengurusan kilang ini effsien, tiada masalah pengeluaran dan pasaran sedia ada yang besar, Insya Allah pulangan pelaburan akan diperolehi dalam tempoh masa yang singkat. Hari ini suhunya lebih kurang 23-25 celsius, angin bertiup nyaman dan tiada matahari. Mungkin menghampiri winter dan mungkin juga disebabkan pencemaran udara yang sangat buruk di China. Lebih kurang jam 6.15 pm kami sampai semula di 4 seasons hotel. Berehat dan bercadang keluar semula untuk makan malam pada jam 8.30pm. Di sini kebiasannya orang Hong Kong makan jam 6.00-7.00pm.



Sebelah malam, JV partner di Malaysia belanja makan di restoran India. Lupa namanya tapi ia tidak berbunyi India sedikitpun. Something like Gay... Restaurant. Masakan ayam dia kata halal dan daging pulak tak halal. Nasi Beriani pun ada. Mungkin masakan restoran mamak di Malaysia lagi sodap. Cuma di sini ada live indian singer/traditional band. Guna Tabla dan sittar saja. OK juga. Sempat mintak dia orang nyanyi lagu kuch kuch ho ta he. Lebih kurang pukul 11.00 malam kami balik ke Hotel.


Pemandangan dari Victoria Peak Stanley Market


Bandar Hong Kong dari Victoria Peak

8 Okt. 08. Jam 9.00 am check out. Kami dibawa meronda Hong Kong sebelum dihantar ke airport. Aku sempat tengok harga petrol di Shell. 15.70 Hong Kong Dollar atau RM7.00 seliter. Kalau di Malaysia harga macam tu, lama dah huru hara. Aku tanya driver, berapa gaji guru, dia kata dalam lingkungan HKD13,000 atau RM5800 sebulan tetapi harga rumah flat 2 bilik adalah HKD1 juta atau RM450,000. Air miniral 500ml di vending machine adalah RM3.00 sebotol. Barang-barang lain juga mahal terutama di shopping kompleks. Yang murah cuma barangan buatan China di Stanley Street. Nampaknya kos of living dan standard of living di Malaysia jauh lebih baik. Ada 2 orang Dato' shopping sakan tapi aku tak mampu le. tengok saja. Tunggulah aku jadi Dato' pulak. So, Ja yang kirimkan handbag tu tak adalah nampaknya. Nak beli ori tak mampu, nak beli china made tak sampai hatilah pulak. Jam 12pm kami dah sampai di airport. Rehat, makan dan sembahyang jamak di Golden Lounge sementara menunggu flight jam 2.45 ke KL.






Tuesday, October 14, 2008

AIDIL FITRI 1429/2008

Hari Sabtu (27 Sept. 08) mula cuti, balik ke Kuantan. Alhamdulillah, perjalanan dari Shah Alam lebih kurang jam 2.30 pm dan tiba di pintu pagar rumah tepat waktu berbuka. Trafik lancar sepanjang perjalanan. Seronok berbuka beramai-ramai. Che Din dan Ja pun ada. Anak-anak makan Burger King yang dibeli di Gombak sebelah siang tadi. Balik Kuantan untuk ambil mak dan bak. Tahun ini kami sekeluarga dah rancang untuk beraya hari raya pertama di Shah Alam. Adik-adik pun akan beraya di Shah Alam. Di rumah baru... Hari ini dalam sejarah. Mak kata dia dah tak larat. Kalau di Kuantan, ramai sanak saudara dan anak murid kelas quran berkunjung. Nak tukar angin pulak. Aku tak ada masalah. Hari Raya biasa saja. Dimana-mana pun boleh Raya. Tak ada nolstagia mengusik jiwa tentang raya. Yang penting telah berjaya mengerjakan puasa bulan Ramadhan. Dan yang utama kami masih lagi bersama dalam satu keluarga walaupun bukan di kampung halaman. Hari Isnin pagi kami bertolak ke Shah Alam. Kami pulang ke kota untuk beraya!!!

Mak tengah menganyam ketupat



Sleepyhead dengan ketupatnya

Atas: Sleepyhead dan Joe menganyam ketupat

Bawah: Aki dan Wan bersama Cucu-cucunyaZarina dengan mak mertua

Gambar pagi Raya. Tiada dalam gambar - Joe, Sleepyhead dan Zack
Rumah baru kami. Akan menjadi kampung halaman Along, Man, Jijin dan Ajmal

Friday, September 12, 2008

BETUL KE MPV PROTON?




Kalau betul, cantik juga. Mungkin C.C. kecik 1.6 saja.

Monday, September 08, 2008

PUASA & UPSR

Pejam celik pejam celik dah 8 Ramadan 1429. Bermakna dah masuk 8 hari umat Islam berpuasa. Alhamdulilllah, so far so good. Tapi Along dan Aiman dah mula tak mahu bersahur. Jijin pulak masih kuat walaupun ini tahun pertama berpuasa. Tak ada masalah nak bangun bersahur. Hopefully, kami semua diberi kekuatan oleh Allah untuk terus menjalani ibadah puasa dengan baik walaupun tidak 100% sempurna. Esok pulak, anak-anak tahun 6 akan berjuang dalam bentuk ibadah lain pulak iaitu peperiksaan UPSR. Aiman dan Shasha perlu buat yang terbaik. Semoga diberi ketenangan dan keupayaan untuk menjawab soalan dengan jawapan paling baik. Insya Allah. Ia cumalah satu proses kehidupan, bukan destinasi. Tak payah susah hati. Just do your best.

Wednesday, July 23, 2008

SUATU MASA SUATU KETIKA

Kisah 16-17 tahun dahulu. Seolah-olah masih beberapa tahun berlalu. Jauh di perantauan, mengejar harapan dan cita-cita. Pertemuan Oxeye Dr. dan Evart Avenue menjadi saksi. Ikatan 2 jiwa mekar berseri. Ijab dan kabul mematri. 4 insan menjadi bukti kasih dan sayang. Di sinilah kami bertemu...

Tapi daerah ini tidak lagi seperti dulu. Tiada lagi kawasan perumahan. Yang ada hanya nama dan jalan.


View Larger Map

Sempena cinta dan daerah ini lahirlah puisi ini yang pernah tercatat dalam entri lalu.

Tuesday, July 08, 2008

CERITA HANGAT BULAN INI

NOTA: Sekiranya anda OTAK BLUE dan mencari cerita hangat yang penuh dengan syahwat tentu sahaja tiada di sini. Silalah ke tempat lain.

Sejarah berulang kembali selepas 10 tahun. Kalau diteliti sejarah, memang banyak perkara berlaku berulang-ulang. Bagi yang umur panjang pasti mereka dapat melihat sesuatu perkara yang sama berlaku beberapa kali dalam hidup dan mungkin boleh buat ramalan yang hampir tepat termasuklah dalam bidang ekonomi. Dalam sembahyang juga kita melakukan pergerakan yang berulang-ulang dengan ulangan sebanyak 5 kali sehari. Mungkin ada sesuatu yang perlu kita tahu mengapa kita perlu melakukan berulang-ulang kali. Walau bagaimanapun, perkara yang baik wajarlah dilakukan berulang kali tetapi yang buruk cukuplah sekali atau tidak dilakukan lagi.

Tuesday, July 01, 2008

SELAMAT HARIJADI KE ?? UNTUK PUAN Z...

Happy Birthday To You...Happy Birthday To You...Happy Birthday To AZ...Happy Birthday To You... Weekend nantilah U masak-masaklah, kita orang makan-makan. Buat mee bandung or mee rebus. I nak desert agar-agar yang ada susu tu. Nanti I beli kek.

Wednesday, June 25, 2008

NASIHAT UNTUK SHAHEERA

Along kata nak jadi Linguist. Terpulanglah pada Along. Ayah tak kisah as long Along minat dan suka apa yang Along buat. Tapi semua kerja perlu buat bersungguh-sungguh. Along dari sekolah rendah memang cerdik dan hampir setiap tahun mendapat hadiah. Tapi cerdik sahaja tak cukup, kena berdisiplin, buat sungguh-sungguh dan minta pertolongan Allah. Ayah tak pandai sangat tapi biasanya ayah akan buat kerja bersungguh-sungguh. Allah tolong orang yang buat sesuatu bersungguh-sungguh. Ayah doakan Along dan adik-adik berjaya mencapai cita-cita masing-masing.




Tuesday, June 24, 2008

PHOTOLOG UMRAH II - MEKAH

Kami bertolak dari Hotel lebih kurang pukul 8.00 pagi menuju ke Mekah. Bas menyusur perlahan melalui perkuburan Baqee di sebelah kiri Masjid Nabawi. Kami singgah di Masjid Bir Ali, lebih kurang 20 minit perjalanan dari Hotel. Sembahyang sunat dan seterusnya berniat Umrah di dalam bas. Perjalanan mengambil masa 6 jam lebih termasuk singgah makan tengahari dengan menu special 'Nasi Mandi' yang dihidangkan di dalam dulang besar. Kami tiba di Mekah lebih kurang pukul 2 petang. Check in Hotel dan bersihkan diri sebelum melakukan tawaf pada pukul 4.00 petang. Cuaca panas tapi tidak begitu terasa apabila melangkah masuk ke Masjidil Haram. Sebelum ke Mekah pernah dengan cerita-pelik seperti ada jemaah yang tidak nampak Kaabah dan macam-macam cerita yang sukar untuk dijelaskan. Alhamdulillah, aku nampak Kaabah. Seperti percaya tidak percaya aku tiba juga di sini. Di sini juga jutaan Muslimin dan Muslimat yang terdahulu dari aku pernah menjadi tetamu Allah.
Lorong ke Masjidil Haram -Sebelah kiri adalah Hotel Hilton, Mekah

Auntida, Ayahanda, Sleepyhead dan Bonda setelah selesai Sai di antara Safa dan Marwah















Bawah: Tulisan di kelambu Kaabah


Atas: Jemaah sedang tawaf sebelum masuk waktu Isyak. Agak ramai seperti musim Haji.