Semalam bukan semua penderitaan tetapi sebuah pengalaman yang mengajar erti ketabahan. Hari ini bukan kekecewaan tetapi satu waktu dan kesempatan untuk mencari kebahagiaan.
Friday, July 01, 2011
ULANG TAHUN KE 42 ISTERIKU
Thursday, June 23, 2011
NIKMAT
Thursday, June 16, 2011
20 TAHUN BERSAMA
Tuesday, May 10, 2011
KEHIDUPAN LELAKI
Apa sebenarnya ultimate aim? Kereta besar, rumah besar dan bini kecik? Susah nak jawab. Tapi aim yang penting ada dalam doa, "Ya Allah, kurniakan kami kebaikan didunia dan kebaikan diakhirat". Mungkin inilah yang patut kita usahakan.
Friday, May 06, 2011
CERITA 20 TAHUN LALU DI ST. LOUIS
HARI-HARI TERAKHIR DI SL
kita melangkah seiring
tika salji malam itu
menyusur perlahan
antara waktu-waktu terindah buatku
QT dan sepanjang Evarts
memutih segar cinta sucimu
pertama dan terakhir
dan pasti tiada lagi jejak-jejak itu
salji itu cair jua
bersama titis-titis jernih
membasahi kedua pipimu
namun kerana cinta ini
kita masih mampu mengukir sejuta senyum
terima kasih sayangku
Gadisku
hari-hari terakhir tiba jua
disambut angin utara
dalam dingin salji dan hangat salam ibu
doaku moga cinta kita terus mekar dan segar
pasti oxeye dan evarts bertemu
tersimpan menjadi memori terindah
namun kita harus pergi
dalam salji yang beku
tika ranting kering kehilangan dedaun
dan lambaian perpisahan di Lambert
kita tinggalkan sejuta kenangan
yang pasti tidak akan usang
menjadi mimpi terindah cinta kita
Sayangku
masih terasa lembut salji
kulempar bertaburan menyentuh wajahmu
kau gadisku berlari dalam hembus bayu
kita senyum dan ada ketikanya menangis
lewat musim dingin itu
Monday, March 28, 2011
NAIK PANGKAT

Perjalanan hidup ini satu proses, bukan destinasi. Dan itulah yang berlaku. Proses seterusnya, aku akan naik pangkat lagi mulai 1 April 2011, Insya Allah dan berpindah ofis. Dekat saja ofis baru, bersebelahan dengan yang lama. Jumpa lagi ramai kawan baru, namun kawan-kawan lama tidak akan dilupakan sebab mereka adalah network kehidupan. Diharapkan proses-proses berikutnya akan menambahkan ketakwaan aku kepada Allah. Doaku semoga Allah mempermudahkan semua tanggungjawabku didunia dan tanggungjawabku diakhirat. Amin.
Friday, March 04, 2011
PERINGATAN PAGI JUMAAT
Jika Allah menimpakan suatu kemudaratan kepadamu, maka tidak ada yang menghilangkannya melainkan Dia sendiri. Dan jika Dia mendatangkan kebaikan kepadamu, Maka Dia Maha Berkuasa atas tiap-tiap sesuatu. Dan Dialah yang berkuasa atas sekelian hamba-hambaNya. Dan Dialah yang Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui.
Surah Al-An'aam:59
Wednesday, January 19, 2011
ULANG TAHUN KE 43
AJMAL KE SEKOLAH AKHIRNYA
Anak bongsu memang manja dan kadang kala sukar difahami. Betul ke begitu? Ajma pun anak bongsu, dah masuk umur 5 tahun pun begitu. Pertama, dia tak nak pergi sekolah tadika. Walau apapun terjadi, sekolah bukanlah tempatnya atau tempat paling akhir dia akan pergi kerana dia mendakwa Cikgu akan memukulnya seperti yang berlaku dalam kartun budak nakal Hagemaru. Kedua, dia tak mahu potong rambut dan kuku kerana takut terpotong jari dan terpotong otak!!! Boleh terpotong otak. Karut betul budak ni. Idea ni pun dia dapat dari Hagemaru si budak nakal Jepun tu. Kukunya hanya boleh dipotong semasa tidur. Dah puas Ayah dan Uminya memujuk tapi dia tetap dengan pendiriannya bahawa sekolah adalah tempat guru-guru yang garang, tak boleh main game dan tengok BBD (DVD). Umi terpaksa kelentong bahawa tadika itu milik kawan umi. Cikgu semua baik-baik. Ajmal juga diberikan beg sekolah Ultraman dan sebuah scooter. Akhirnya dia mengalah dan setuju ke sekolah. Rambutnya terpaksa dipotong malam sebelum ke sekolah ketika sedang tidur. Habis 1 katil ayah dan umi dipenuhi rambut Ajmal. Alhamdulillah, akhirnya dia pergi ke sekolah walaupun selalu tanya bila sekolah akan cuti. Sekarang dia seronok sebab selalu dipeluk cikgu-cikgu perempuan... Kecik-kecik pun dah pandai....Anak bapak...Wednesday, December 29, 2010
TIPS MENGENAI MASA
www.timesavers.sg menyenaraikan cara untuk menjimat masa di Kiasuland.
1. Beli 7 helai baju yang sama pattern dan warna - dapat jimat 35 minit sehari untuk pilih baju. Dah lama aku nak buat macam ni. Enstein ada 3 jaket yg sama so tak payah buang masa pilih jaket.
2. Sesapa yang pakai tie, jangan buka simpulan supaya senang pakai semula - jimat 5 minit sehari. Dah praktis sejak 18 tahun dulu.
3. Jangan makan dengan ramai orang - jimat 45 minit. Jadi kera sumbang. Dengan 2-3 orang Oklah.
4. Memandu di belakang ambulance - jimat 45 minit. Ini betul-betul kiasu.
5. Jangan tawat menawar -jimat 25 minit. Kalau kaya bolehlah.
6. Tidak beratur di tempat yg terdapat queue panjang - jimat 45 minit. Tip ni OK, contohnya guna internet untuk bayar bil.
7. Membotakkan kepala - jimat 5 minit untuk sikat rambut. Yang ni OK. Lama tak sikat rambut sebab rambut tak berapa nak ada.
Dalam Islam ada tips yang menekankan keutamaan masa dalam hidup kita yang singkat di dunia ini. Perlu memaksimumkan waktu-waktu berikut:
- Masa hidup sebelum mati - banyak benda tak buat lagi, sembahyang pun tak sempurna
- Masa kaya sebelum miskin - sekarang ni kaya pun tidak, miskin pun tidak.
- Masa sihat sebelum sakit - yang hisap hisap rokok macam ekzos lori hantu, berhentilah
- Masa lapang sebelum datang masa sempit - selalu procrastinate
- Masa muda sebelum tua - dah nak tua tapi masih young at heart. Masa muda tak bersedia secukupnya.
Sunday, December 19, 2010
HAJI 2010: PERJALANAN WAJIB SEKALI SEPANJANG HAYAT
Tuesday, October 12, 2010
KEMBARA HAJI 2010
Kembara haji 2010 telah bermula. Setakat hari ini lebih 3000 daripada 26,000 bakal jemaah haji Malaysia telah tiba di Madinah melalui penerbangan awal. Harap-harap dan Insya Allah cita-cita kami turut tercapai di musim haji 2010 ini. Sebelum ke Canada, sempat juga hadir Kursus Haji Perdana anjuran Zahafiz di Masjid Negeri Shah Alam pada 2 oktober 2010 walaupun sampai petang saja. Nasib baik ada Puan Wifey jadi wakil sampai malam. Bagus Puan Wifey ni. (ada udang sebalik mee.. hehehe) Kursus Haji Perdana anjuran Tabung Haji pada minggu sebelumnya juga termiss kerana surat TH dapat last minute dan ada program lain pulak tu. Anyway, sekali lagi mintak-mintak semuanya berjalan seperti yang dirancang. Amin.Monday, October 11, 2010
MONTREAL DAN BOSTON

Alhamdulillah lebih kurang seminggu di Montreal dan Boston, dapat balik semula tidur atas tilam keras dan memeluk bantal busuk. Dan yang lebih penting dapat memeluk awek kesayangan. Hehehe...Walaupun tidur dalam First Class dan Business Class tak sama dengan bilik sendiri yang tak ada kelas. Walau ada awek cun duduk sebelah, bini juga sentiasa di hati. (Saja nak ambil hati bini, nanti boleh outstation lagi...)Semasa menunggu di lounge KLIA sembang dengan Aznil Nawawi dan membernya dari Astro. Dia nak ke Cannes. Pak Nil ni kulitnya licin macam anak dara. Tak gaya jantan langsung. Umur dah dekat 50 tapi nampak macam 30 tahun. Ingat nak ambil gambar tapi segan pulaklah.
Flight jam 11.40 pm 2 Oktober 2010 ke London. Sampai London lebih kurang jam 6.30am dan lepak di Marriot Heathrow, Terminal 4. Seterusnya ambil flight Air Canada ke Montreal jam 3.30pm dan sampai lebih kurang jam 6.30pm. Check in di Marriot dan staff Melayu bawa pergi seafood restoran di luar bandar montreal. Nak balun sungguh-sungguh takut kena gout dan naik kolestrol pulak. Ngeri jugak kalau tak boleh berjalan. Isnin pergi lawat kilang yang jauhnya lebih kurang 2 jam perjalanan dengan kereta dan lunch di kilang. Pagi selasa meeting, petang ambil flight ke Boston. Pagi rabu lawat kilang di Boston, sebelah petang shopping sikit dan sebelah malam ada official dinner di Turner Fisheries. Tom Yam abang cuka kat Klang lagi sedap. Khamis meeting lagi dan sebelah petang ke London semula. Begitulah packnya jadual. Sorrylah Puan wifey, tak dapat memenuhi semua hajat shopping puan wifey. Next timelah kalau ada rezeki. Nak pergi outlet pun tak sempat sebab hujan lebat aka ribut di Boston. Time nak balik barulah terang benderang tapi dah tak sempat nak shopping pulak. Tengok pokok Maple di bawah ni yang ditanam ditapak bangunan admin kilang (bangunannya belum bina lagi). Hopefully dapat hiduplah sebab biasanya pokok yang aku tanam tak hidup. Hehehe...
















Thursday, September 02, 2010
MURTABAK
