Semalam bukan semua penderitaan tetapi sebuah pengalaman yang mengajar erti ketabahan. Hari ini bukan kekecewaan tetapi satu waktu dan kesempatan untuk mencari kebahagiaan.
Monday, March 03, 2008
Thursday, February 28, 2008
MENENTUKAN MASA HADAPAN

Semua orang ada cita-cita. Dalam pelbagai bentuk khayalan, impian, gambaran dan harapan yang belum pasti menjadi kenyataan. Ada yang realistik dan ada yang tidak. Agaknya di mana kita berada 5, 10 mahupun 20 tahun lagi? Ada yang bercita-cita menjadi Professor, CEO, Gabenor Bank, dan lain-lain yang tarafnya luarbiasa. Ada yang bercita-cita begitu besar untuk menjadi seorang Perdana Menteri. Peluang ada, tapi hanya seorang daripada 25 juta rakyat Malaysia berpeluang merealitikan impian tersebut. Dan tentu sekali kebanyakan kita hanya menjadi orang biasa-biasa saja dengan cita-cita yang biasa saja, dengan harapan yang biasa sahaja dan dengan khayalan yang biasa saja. Namun, kita masih ada kuasa untuk menentukan supaya kita berpeluang merealisasikan apa saja yang kita impikan. Tidak kira yang biasa atau luarbiasa bila datang tanggal 8 Mac 2008 ini. Tapi kalau belum daftar tu lupakan sajalah. Tunggulah 5 tahun lagi.
Wednesday, February 27, 2008
MELAKA
24-26 Februari 2008. Ke Melaka untuk mesyuarat. Dah banyak berubah terutama di tengah kota Melaka. Unsur penjajahan terus diperbesarkan ditengah bandaraya yang memang telah lama dijajah walau terdapat unsur tempatan diketengahkan. Bangunan baru dan lama yang janggal untuk bersatu dan laluan sempit bersimpang siur. Gerai makan di tengah Kota milik peribumi yang semakin daif walau terhidang otak-otak Melaka yang menyelerakan. Padang pahlawan yang indah namun tiada roh kepahlawanan terbilang silam. Kota yang semakin padat dengan pelbagai gelagat dan tetamu. 

Thursday, February 21, 2008
RUMAH BARU ON RENOVATION - 1 FEB 2008 (JUMAAT)




1 Februari 2008- Secara rasmi pagar diruntuh bagi membolehkan JCB masuk buat footing untuk renovation rumah baru. Tambah 2 tingkat lagi dengan keluasan 20X20, teres 20X10 dan tambah setingkat dibelakang dgn keluasan 22X7. Jumlah build up lebih kurang 1,154 k.p. Build up sedia ada lebih kurang 1600 k.p. Jumlah semua jika siap 2,754 k.p. OKlah cukup. Ada tanah lebih untk rekreasi. Minta-minta ia siap seperti yang diharapkan.
Tuesday, February 19, 2008
40



19 Januari. Some people say Life begins at 40. Tapi untuk lelaki sahaja, not for women. Mungkin hanya nombor. Anyway jutaan terima kasih kepada adik-adik yang sama-sama meraikan. Thanks for the food, card, present and wishes. Lebih menarik, mak juga menelefon untuk mengucapkan Selamat Hari Lahir ke 40. Seingat aku mungkin kali pertama. Yang penting semoga dipanjangkan umur, ditambahkan lagi rezeki yang halal dan mohon diberi kekuatan untuk terus berbakti kepada ugama, keluarga, bangsa dan negara.
MASA & JAM
Masa memang berlalu begitu pantas. Kisah-kisah 10 dan 20 tahun dahulu terasa masih baru. Tahun 1988 adalah tahun dimana kami pelajar-pelajar KPP/ITM Damansara Utama berpindah dan memulakan hidup baru di Seksyen 18 Shah Alam. Dari lebih 140 orang pelajar di Maryland University, hanya lebih kurang 40 pelajar yang melepasi halangan untuk meneruskan perjuangan di program Indiana University KPP/ITM Shah Alam. Dan aku sebahagian daripada 40 pelajar tersebut. Yang lain menghilang entah kemana. Itu kisah 20 tahun dahulu. Masa dikaitkan dengan jam. Ini gambar jam yang aku terima dari Menteri Luar Jordan lebih kurang 10 tahun dahulu kerana bertugas sebagai Liason Officer. Jenis Mondaine. Tak tau berapa harganya. Talinya telah bertukar sebanyak 3-4 kali tetapi kali ini ia telah dimakan Tikus!!!

FAMILY RETREAT 2007, 25 DIS 2007 - TG. TUAN, PD





Dah lebih sebulan sibuk dan menyibuk. Hopefully the job will slow down for the next 1 month. Bolehlah bernafas sikit. Baru nilah boleh update sikit. Ni gambar Family Retreat. Kalau boleh elok buat family retreat setiap tahun. Mungkin next time Din, Ja, Zack & Joe join sekali. Boleh Organize game for the whole family. Anyway, adik can you organize? We get the fund from now. Mungkin bakal Governor boleh sponsor lebih sikit. Bakal Prof pun boleh tambah.
Tuesday, January 08, 2008
TELUK BATIK
Lepas kenduri rumah Yang pada hari Sabtu (22 Dis 07), kita orang balik rumah sekejap di Bukit Kerajaan.Packing apa yang patut dan terus jalan menuju keTeluk Batik, Lumut. Sampai lebih kurang pukul 6.00 ptg.
Bila menyusuri jalan ke Teluk Batik teringat peristiwa lebih kurang 11 tahun dulu ketika berkursus di Outward Bound School. 16 Mei 1996, hari terakhir ada acara larian 2.4 kilometres dari OBS ke Teluk Batik dan pusing balik ke OBS. Pagi tulah Aiman dilahirkan lebih kurang pukul 8.00 pagi di Kuantan. So aku hanya terima berita dari pihak pengurusan OBS saja. Baby dan Umi sihat. Banyak cerita menarik di OBS. Selama 2 minggu boleh kenal perangai masing-masing bila susah, tak cukup makan, letih, takut, gembira, dsbnya. Masih ingat cammana berkayak berkeliling Pulau Pangkor, berkayuh dengan whaler sejauh 29 batu ke Pulau Sembilan dari pukul 10.00 pagi sampi 5.00 ptg. Sampai termuntah-muntah. Berkemah di Pulau Sembilan yang tiada penghuni. Dipukul ombak besar yang mungkin mengkaramkan bot bila pulang ke tanah besar. Solo camping di tengah hutan. Terjun ke dalam laut yang lebih 15 kaki dalam, panjat bukit, jungle trekking, flying fox dsbnya. Walau bagaimana pun semuanya sebuah kenangan. Aku pun tak ingin nak jadi adventurous sangat. Tak larat dah. Mungkin anak-anak remaja patut melaluinya. Anyway di bawah ni gambar di Teluk Batik:

Chalet - Betul-betul depan Pantai
Monday, January 07, 2008
BUKIT MAXWELL & TELUK BATIK




Hari ni nak cerita pasal pergi Bukit Larut atau nama asalnya Buit Maxwell. Another cuti-cuti Malaysia for the kids, ayah dan umi. Bangun pagi hari Jumaat 21 Disember 2007 tiba-tiba saja Ina kat nak pergi Taiping - Bukit Maxwell. Hari Jumaat pulak tu. Anyway Taiping dengan KK hanya 40 minit. So suruh budak bangun dan bersiap. 7.30 am semua dah siap dan terus jalan melalui hiway Ipoh Changkat Jering. Singgah kedai mamak dekat dengan Taman Tasik Taiping, pekena dulu roti canai. Lepas tu ke kaki bukit Maxwell. Nak naik atas kena naik Jeep, itu saja pengangkutan yang ada. Masa pergi kita orang kena naik Jeep buruk. Risau juga kalau-kalu brek tak makan. Jalan tersangatlah curam, ada selekoh tajam yang tinggi melebihi 45 degree. Jarak kaki bukit ke puncak lebih kurang 13 kilometer dan terdapat lebih 92 selekoh. Kalau sesapa yang sampai ke Taiping boleh try. Jeep yang kami naiki jenis tidak bertutup penuh. Kalau tak pegang betul-betul boleh tercampak keluar!!! Alhamdulillah tiada perkara buruk yang berlaku. Kami selamat sampai. Hopefully balik nanti dapat naik Jeep baru pulak. Dari atas boleh nampak bandar taiping dan juga selat melaka. Ada beberapa buah banglo untuk disewa, cafetaria dan kawasan penanaman bunga tulip. Tu yang warna merah tu adalah tulip yang dah kembang. Suhu tak lah sejuk macam Cameron Highlands. Kita orng turun semula lebih kurang jam 11.45 am. Nasib naik dapat naik Jeep baru bertutup, ada lagu lagi. Singgah kedai makan dekat dengan Taman Tasik, budak-budak lapar. Aku pekena mee rebus. OK jugak tempat tu. Anyway hari ni hari Jumaat, kena sembahyang Jumaat. Lepas makan, balik KK singgah masjid di pekan Kuala. Masih sempat dengar Khutbah. Keesokan harinya ada kenduri kahwin anak Yang dan sebelah petang kita bertolak ke Teluk Batik, Lumut for another Cuti-cuti Malaysia.Monday, December 31, 2007
CUTI HARI RAYA KORBAN
Cuti Raya HAji kali ini agak panjang, bersambung dengan cuti akhir tahun mulai 20hb. sehingga 30hb. Disember 2007. So combination raya dan cuti. 20&21hb Dis di Kuala Kangsar, 22&23hb di Lumut, 24&25hb di P.Dickson dan 27hb hantar Mak dan Bak balik ke Ktn.
19 Dis 2007 - Bertolak ke Kuala Kangsar jam 8.30 malam melalui Lebuhraya Guthrie ke Rawang. Kereta bergerak perlahan dan kadangkala terhenti. Ambil keputusan exit di Bukit Beruntung untuk makan malam dulu. Pekena nasi goreng, sup sayur dan telur dadar. Lepas makan baru bergerak semula lebih kurang pukul 10 malam. Walaupun banyak kereta, perjalanan lebih lancar. Berhenti lagi di Tapah sebab mengantuk. Tidur lebih kurang 40 minit sebelum memulakan perjalanan semula sambil makan kacang rebus. Bersesak lagi di Tol Ipoh. Nampak Pak An dengan isteri barunya. Nampak lebih ceria sekarang. Rezekilah tu namanya. Nasib baik guna Smartag. Sebelum sampai kawasan rehat Sg. Perak sakit perutlah pulak. Mungkin penangan kacang rebuslah tu. Berhenti sekejap. Dan akhirnya sampai di KK jam 1.30 pagi. Ohh..penat gila!!! tambah pulak tu kerja full time sebelah siang. Alhamdulillah selamat sampai. Kira awal juga sebab Pak An bertolak dari Putrajaya jam 7.30 malam, drive terus tapi still kita orang sampai dulu.
20 Dis 2007 - 8.15 pagi pergi masjid Ubudiyah untuk sembahyang raya. Sampai di masjid orang sedang sembahyang. Park kereta. Berlari masuk tapi penuh dan orang tengah sujud rakaat pertama. Cepat sangat sembahyang. Tak sempat. Ajak Man pergi masjid di bandar. Sampai di bandar, orang masih bertakbir dan masih ramai berpusu-pusu ke masjid. Alhamdulillah, sempat duduk dan bertakbir. Sembahyang bermula pukul 8.40 pagi. Balik rumah, rehat dan makan apa yang patut. Lepas tu beraya ke rumah arwah Pak Wi di Lubuk Merbau dan kemudian ziarah kubur arwah bapa mertua. Lebih kurang jam 11 pagi kami bertolak ke rumah Lop untuk tengok orang buat korban. Dah lewat, lembu dah disembelih dan dilapah, cuma tinggal saki baki tulang, ekor dan daging sedang dipotong dan dibungkus. Masukkan daging dalam kereta. Jamah serba sedikit makanan di rumah Lop. Anak-anak dah keboringan termasuklah aku yang memang letih dan mengantuk. Dah kenyang kamipun balik ke Taman Bukit Kerajaan. Sampai rumah, apa lagi tanggal baju Melayu terus landing. Kena pulak aircon dan kipas yang sepoi-sepoi sejuk tu. Memang tak sedarlah. Jam 6.00 ptg, kami ke Bukit Chandan. Mak Chandan menyambut kami. Pak An tengah tidur. Nampak wife dia berbual dengan Ina. Berpakaian kemas tapi rambut masih basah...projek petanglah agaknya!!! Anyway bagi chance kat dia cover apa yang dia dah miss beberapa tahun yang lepas. Hai rezeki...
To be continued dgn gambar-gambar raya & travel later.
Wednesday, December 12, 2007
PANTAI & FAMILI





Kalau balik Kuantan, mesti bawa anak-anak mandi manda. Gambar atas diambil di Teluk Tongkang(?), sebelah Teluk Chempedak. Pantai ini bersambung dengan Teluk Chempedak tapi perlu naik jambatan/canopy merentasi kawasan berbatu di sebelah hutan simpan. Selain daripada tu, mesti beli Satar dan Otak-otak di Gerai Pak Soh, Tanjung Lumpur. MAK KENA OPERATE
Balik Kuantan Jumaat 30 November 2007 tengok mak. Mak baru operate buang bisul yang tak baik akibat kencing manis. Alhamdulillah, tak teruk walaupun seketul daging perlu dibuang dibahagian pinggang menyebabkan bahagian pinggang belakang sebelah kiri tulang belakang berlubang sedalam 1 inci dengan diameter 2 inci. Kalau lambat pergi hospital mungkin lebih banyak daging yang mati perlu dibuang. Kalau di kaki, mungkin lagi cepat gangren berlaku. Setakat hari ini nampaknya keadaan mak baik. Luka semakin sembuh dan paras gula terkawal. Masa cuci luka hari Ahad paras gula 5.8. Hopefully, kesihatan mak pulih dan boleh mengajar Quran seperti biasa.
Friday, December 07, 2007
CAMCORDER

Semalam first time pergi JUSCO Bukit Tinggi yang baru saja dibuka. Terus ke Harvey Norman. Memang dah lama cari camcorder. Yang ada dalam kepala ialah jenama SONY, Panasonic dan JVC for beginners. Biasalah level tu aje yang murah ranging dari RM1500-2,000. Dulu pernah pakai SONY so sebelum ni dah survey SONY DCR-SR42E & DCR-SR62E (RM1999 & RM2,599) But after second thought, finally beli aje Panasonic SDRH20 dengan features hampir sama dengan SONY DCR-SR42E. Harganya murah RM500 berbanding dengan SONY. Harga asal RM1599 tapi dapat RM1500 + free bag+free SD card 1GB. Model Panasonic SDRH20 ni jenis hybrid-HDD+SD. HDD 30GB cukup untk recording selama 7-25 jam bergantung kepada kualiti video. Walaupun 1CCD dgn 800K, gambar tak banyak beza dengan camcorder lain yang sekelas dengannya. OKlah untuk amatur.
Subscribe to:
Posts (Atom)




