Wednesday, December 31, 2014

MENUTUP TIRAI 2014

Pejam celik pejam celik dah tiba hari terakhir 2014. Penuh cubaan, penuh dugaan, pahit dan manis.. bukan saja gelombang naik dan turun dalam hidupku tetapi juga rakyat Malaysia secara keseluruhannya. Pelbagai cerita, penuh dugaan. Dari kehilangan pesawat MH370 sehinggalah banjir besar Dis 2014 yang melumpuhkan negeri Kelantan dan menjejaskan negeri Terengganu, Pahang, Perak dan Johor. Yang terbaru ketika hari hari terakhir menutup tirai 2014 terhempasnya pesawat Qz8501 Air Asia Indonesia di Laut Jawa pada 28 Disember 2014. Sehingga petang semalam 3 mayat telah ditemui disekitar dimana pesawat tersebut dipercayai terhempas.

Begitu juga dengan kehidupanku pada 2014 penuh dengan cerita gembira dan duka, turun dan naik. Sukar digambarkan betapa masa begitu pantas berlalu dalam tempoh 6 bulan yang lalu yang memerlukan komitment besar, tindakan yang pantas dan doa berterusan kepada Allah agar semua terurus dengan baik.