Wednesday, December 31, 2014

MENUTUP TIRAI 2014

Pejam celik pejam celik dah tiba hari terakhir 2014. Penuh cubaan, penuh dugaan, pahit dan manis.. bukan saja gelombang naik dan turun dalam hidupku tetapi juga rakyat Malaysia secara keseluruhannya. Pelbagai cerita, penuh dugaan. Dari kehilangan pesawat MH370 sehinggalah banjir besar Dis 2014 yang melumpuhkan negeri Kelantan dan menjejaskan negeri Terengganu, Pahang, Perak dan Johor. Yang terbaru ketika hari hari terakhir menutup tirai 2014 terhempasnya pesawat Qz8501 Air Asia Indonesia di Laut Jawa pada 28 Disember 2014. Sehingga petang semalam 3 mayat telah ditemui disekitar dimana pesawat tersebut dipercayai terhempas.

Begitu juga dengan kehidupanku pada 2014 penuh dengan cerita gembira dan duka, turun dan naik. Sukar digambarkan betapa masa begitu pantas berlalu dalam tempoh 6 bulan yang lalu yang memerlukan komitment besar, tindakan yang pantas dan doa berterusan kepada Allah agar semua terurus dengan baik.

Wednesday, May 21, 2014

DARI SRI SENDAYAN KE PUTRAJAYA

Telah ditakdirkan dari Shah Alam menuju Seremban2 dan kemudian Sri Sendayan. Tapi cukup 40 hari pindah pulak dari Sri Sendayan ke Putrajaya. 2 Mac 2014 - 12 April 2014. Dalam kesusahan ada kesenangan. Nak dijadikan rezeki dapat pulak kuarters di Precint 14 dan yang paling happening 28 April 2014 pulak naik pangkat lagi. Pangkat apa ya? Adalah.. Gaji OK, ada kereta free. Alhamdulillah.

Tuesday, March 04, 2014

PINDAH LAGI...SEGHOMBAN PULAK JANG Oii..

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Begitulah perasaanku. Meninggalkan beribu kenangan termanis di Shah Alam. Melangkah berat menuju Seremban 2 dan Sri Sendayan. Itulah perjalanan seterusnya. 8 6 tahun di No 2 Jalan Kristal Lima 7/70E Anjung Kristal, Seksyen 7.  Inilah rumah pertama yang dibeli hasil titik peluh sendiri dan rumah yang paling lama pernah aku duduk. Pelbagai memori indah yang akan disimpan rapi diingatan. Bila akan tinggal semula di Shah Alam, hanya Allah yang tentukan. Kita hanya merancang, Allah menentukan.

68-72   - Rompin
72-74   - Bukit Goh, Kuantan
74-78   - Bukit Sekilau, Kuantan
78-81   - Jalan Raub Transit Quarters, Kuantan
81-86   - Jalan Bentong Transit Quarters, Kuantan
86- 89  - Taman LKNP Bukit Setongkol/ Shah Alam
90-91  -  Oxeye Dr. St. Louis, Missouri, USA
92  - Taman LKNP Bukit Setongkol
93  - Kampung Selamat, Kuantan
94  - Bandar Pusat Jengka
95  - AU2, Keramat
96  - Sungai Merab, Bangi
97-2000  - Bukit Jati, Klang
00-02 - Bukit Kuda, Klang
02-03 - Raby Street, Sheffield, UK
03-08 - Bukit Kuda, Klang
08-2014 - Seksyen 7, Shah Alam