Saturday, February 16, 2013

BANDUNG 2012

Bulan Disember 2012 memang banyak aktiviti jalan-jalan. Bukan saja balik kampung tapi jugak angkut 1 famili jalan-jalan luar negeri. 2 minggu selepas bercuti di USS, kita orang pergi Bandung pulak. Rancangan ke Bandung pun dah lama cuma timing problem. Wifey dah book tiket lama dah so murah sikitlah. Flight pada 24 Dis 2012. Hari isnin lebih kurang jam 6.50pm selepas delay beberapa jam. Lebih kurang 9.30 malam kita org sampai disambut supir yg telah dibook dgn hotel. Kami berlapan bersama Dora dan Joe. Nasib baik MPV tu muat 8 orang. Lagi pun beg tak banyak lagi masa ni. Kalau tak silap cajnya Rupiah 150K, tak sampai RM50 pun. Kami check in di hotel .... Cihampelas. Sampai dah lewat so dah rugi time sebab flight delay. So tidur je lah.
 
25 Dis 2012. Pagi-pagi lagi dah siap. Breakfast di hotel. Dgn harga tak sampai RM100 sebilik kira OKlah ada free breakfast. Ada nasi goreng, bubur, roti bakar, juice dan kopi. Pagi ni supir lain pulak namanya Pak Slamat. Pak Slamat caj Rupiah500K sehari dalam bandar Bandung + 50K(Tangkuban Parahu - Gunung berapi). First day kita org decided pergi Tangkuban Parahu, kawasan kawah gunung berapi.
 
Kat Tangkuban Parahu ni nampak macam ramai peniaga dari pelancong. Pening kepala depa ni dok ikut kita promote barangan jualan mereka. Belilah sikit supaya depa tak mengacau. Tapi kalau tak beli pun takpa. On the way turun dari Tangkuban Parahu kami singgah kebun strawberry. Tak da buah fresh pun. Dia org jual packed strawberry yg dicampur gula. Memang manislah!!
 
Sampai di pekan Bandung kami singgah di Ralph Lauren. Aku beli sehelai Tshirt lebih kurang Rupiah200K. Hebat kat sini semua beratus ribu harganya. Kedai nampak original tapi barang mungkin bercampur antara ori dan fake. Tak berapa sure. Hujan boleh tahan lebat time ni, perut pun dah keroncong. Apa lagi cari restoren. Pak Slamat suggest makanan Sunda sebab dia org Sunda. Tapi kami decide nak makan masakan Padang. Esok makan masakan Sunda pulak. Apapun masakan Padang atau Sunda sama saja dgn masakan melayu di Malaysia.
 
 

Sunday, February 03, 2013

UNIVERSAL STUDIO SINGAPORE DAN JPO

Lama dah plan nak ke USS tapi tak berkesempatan. Last sekali pergi Universal Studio akhir tahun 1991 di Florida, USA. Masa tu dengan gfren. This time ada kesempatan bolehlah bawak anak-anak jalan ke Singapore. Lagi pun anak-anak tak pernah menjejaki Temasik. Tengahari 12 Dis 2012 kita orang bertolak ke Johor. Traffic sedikit jam disebabkan kemalangan dan hujan apabila tiba di Johor Premium Outlet.  Singgah di JPO. Aku dapat sepasang slipper Nike, wifey dapat beg Coach dan Shakireen dpt sepasang kasut. Along, Aiman dan Ajmal tak beli apa pun.

Tengah survey handbag
Kami teruskan perjalanan ke Danga Bay sebab perancangannya nak menginap di Kozi Hotel. Lebih kurang jam 8pm check in di Kozi Hotel. Bersihkan diri dan kemudian makan di Food Court Singgah Selalu di Danga Bay. Hotel bajet tapi semua kemudahan ada dan tak perlu bayaran tambahan seperti Tune Hotel. Dapat 2 bilik bersebelahan di ground floor dengan connecting door. So tak perlu naik tangga. Kozi Hotel ni pun tak jauh dari Tune Hotel. Check dengan Bas Odyssey utk Singapore pada hari esoknya tapi dah penuh. Nasib baik Kozi hotel juga ada menguruskan bas ke Universal Studio, RM30 seorang.(Odyssey beroperasi di dalam Tune Hotel. Tambang RM25 seorang tapi sebab cuti sekolah bas dan Tune Hotel pun fully book. Sgt crowded kat Tune Hotel).

Jam 7.30am kami dah ada dalam bas yang menunggu di depan hotel. Nasib baik tak ramai cuma 22 dalam bas yg boleh muat 40 org. Perjalanan melalui Link Kedua ke USS mengambil masa lebih kurang 2 jam termasuk pemeriksaan imigeresen. Kami perlu berhenti di Imigresen Malaysia, naik bas semula dan berhenti pulak di imigresen Singapura.









Ni tengah lepak tunggu Jurassic Ride sebab hujan lebat

Almost semua attractions dapat kami masuk.  Layout tempat ini seperti roundabout. Kami ikut sebelah kanan dulu. Yang mula kami masuk adalah Steven Spielberg Studio. Boleh lihat bagaimana Hollywood menggambarkan semula suasana hurricane di New York dalam studio melalui visual, bunyi dan elemen  suspense. Q pun tak panjang kecuali Transformers. Rasanya Tansformers ride paling best sebab ada elemen 4D dan teknologi terkini. Anak-anak kecil juga enjoy. Shaheera, Aiman dan Shakireen pulak enjoy naik roller coaster. Mungkin aku dan wifey dah tua untuk roller coaster ni. Kami dah pernah naik roller coaster yg laju ni 25 tahun dulu di American Six Flags. Old Egypt pun best tetapi  sedikit menyeramkan dan ridenya kasar. Tak sesuai untuk anak kecil. Di sebelah kanan Old Egypt ada Surau untuk bersolat. Di depannya ada restaurant makanan Arab seperti beriani. Lepas makan kami ke Jurassic Park dan kemudian ke life show yang diadaptasi dari filem Waterworld arahan dan lakonan Kevin Costner. Banyak letupan, tembakan, aksi suspense dan menghiburkan. Lepas tu kami pergi ke Istana Shrek pulak. Ada 3D/4D show. Area ni ada juga mini roller coaster untuk kanak-kanak.

Kalau nak ke USS, pergilah time weekdays. Kalau pergi time weekend atau cuti umum, kirim salam sajalah. Walaupun Q manageable, tapi sebelah petang hujan pulak. Kami terpaksa menungu ride Jurassic Park sebab operasi diberhentikan lebih kurang 1 jam sebab hujan lebat dan kilat. Ride yang terakhir kalau tak silap Madagascar. Alhamdulillah dalam masa 1 hari dapat menghabiskan semua main rides/attractions.

Jam 7.00pm kami menunggu semula di tempat mula-mula tiba di parking basement. Lebih kurang jam 8.40pm kami tiba semula di Kozi Hotel. Walaupun penat tapi hati gembira dapat bercuti bersama keluarga.


Esoknya kami ke Singapore lagi tetapi adventurous sikit. Naik bas biasa No 170 dari Stesen bas Kota Raya JB ke Station MRT Keranji. Kali ni ikut Woodlands. Sebenarnya amat mudah naik bas. Tambangnya pun murah hanya RM1.70 seorang dari Malaysia tapi bila balik tambang dari Singapore adalah $1.90 SingDollar. Pemeriksaan imigresen pun sekejap saja sebab selepas rush hour lebih kurang jam 10.30am tak ramai orang. Kalau masa org pergi kerja jangan ceritalah.

Tapi time balik, mak datok, kena Q untuk tunggu bas dan di imigesen sebab time org balik kerja. Anyway satu pengalaman menarik melihat begitu ramai rakyat Malaysia mencari rezeki di Singapura dan juga sambil beratur sempat bersembang dengan rakyat Singapura yang bekerja di Singapura tetapi memilih untuk tinggal di Johor. Diwaktu rush hour nampak sesak tapi sebenarnya clearance cepat dan bas pun banyak.

Kalau tak silap ini area sebelah Marina Bay dan Financial District

Area Arab Street dan Masjid Sultan