Friday, August 19, 2011

TGIF, RAMADAN dan LAILATUL QADAR

Alhamdulillah, hari jumaat. Hari ke 19 Ramadan. Lega kepala otak aku bila tiba petang jumaat. Akan tiba 2 hari yang menggembirakan. Lepas balik semula monday blues. Kalau dulu-dulu hari jumaat ada program cable Friday after dark dalam Cinemax. Yang duduk kat US tahulah. Maka berkumpullah anak-anak teruna menunggu friday after dark termasuklah Pak Haji ni. Tapi tu dululah, zaman muda-muda. Zaman jahiliah...Semoga Allah memberi keampunan.

Jumaat hari ni lebih penting sebab bermula 10 hari terakhir Ramadan. Mungkin ada miracle, mungkin ketemu dgn malam yang lebih baik dari seribu bulan, malam yang dicari oleh semua umat Muhammad - Lailatul qadar. Insya Allah.

Tuesday, August 09, 2011

BAHTERA NABI NUH

Hari ni baca terjemahan surah Hud mulai ayat 40-49 mengenai bahtera nuh yang berlabuh di Bukit Judi (di Armenia?), mengenai doa Nabi Nuh supaya diselamatkan anaknya tapi Allah tidak memperkenankan dan berita ghaib yang hanya Allah mengetahui. Ayat 49 diakhiri dengan..

Maka bersabarlah; sesungguhnya kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertakwa.

Banyak ayat Quran menekankan kepada kesudahan yang baik dan bukan permulaan yang baik. Asas untuk mencapai kesudahan yang baik ini adalah takwa. Apa itu takwa? Sangat menarik.

Klik di sini tentang pencarian Bahtera Nuh.