Allah memberi nikmat yang bukan sedikit sejak kita dilahirkan. Namun nikmat ini sekiranya kita bernasib baik akan ditarik sedikit demi sedikit dan sekiranya tidak bernasib baik akan ditarik sekali gus. Sejak kecil daging menjadi kegemaran aku. Di tahun 90an steak adalah makanan kegemaran dan selalu dapat makan free pulak tu terutama di Victoria Station. Tapi nikmat tersebut telah ditarik perlahan-lahan. Sekarang ni, tak boleh banyak daging. Bukan daging saja, sea food pun dah tak boleh muntahkedarah. Kalau makan tak hengat, esok terpaksalah merangkak sebab tak boleh berjalan. Sejak 2-3 bulan lepas mata aku pun dah mula buat hal. Tak boleh baca jarak dekat kurang dari 1 kaki dari mata. Semalam kerisauan mengenai mata telah confirm apabila aku mencuba cermin mata member. Bila pakai cermin mata, tulisan yg berada 6 inci di depan mata menjadi terang benderang. Tanpa cermin mata, tulisan kabur. Dah rabun pulak...Inilah proses kehidupan. Nikmat yang banyak dulu semakin hilang, ditarik perlahan-lahan. Namun doaku semoga nikmat Iman dan Islam terus kekal sehingga ke akhir hayat. Amin