Tuesday, May 10, 2011

KEHIDUPAN LELAKI

Bangun tidur pergi kerja dari pagi sampai maghrib, begitulah seterusnya. Hari hari. Bulan berganti bulan, tahun berganti tahun. Dari tak da rambut, tumbuh rambut, rambut panjang, rambut kontot dan akhir sekali dah botak. Dari naik bas, naik motor. Lepas tu naik kereta, kemudian beli kereta besar sikit sebab anak ramai. Bila anak besar dah tak nak ikut, beli kereta kecik pulak. Lagi satu sebab minyak naik. Lepas tu nak rasa macam muda pulak, kalau boleh nak beli kereta sport sebab masa muda tak mampu. Dulu duduk rumah sewa kecik, bini pun kecik. Bila anak besar kena sewa rumah besar sikit. Lepas tu ada rezeki beli rumah besar sebab senang anak ada bilik masing-masing. Bila anak-anak dah independent, rumah besar menjadi sunyi. Kena duduk condo pulak, ada privacy. Terfikir pulak elok kalau ada bini kecik macam muda muda dulu. Lagi pun bini besar tak muat naik kereta sport atau tak berapa presentable kalau nak gi function. Hahaha..... apa cerita ni. Wifey marah pulak. Nanti dia tak buat Milo kosong utk breakfast...

Apa sebenarnya ultimate aim? Kereta besar, rumah besar dan bini kecik? Susah nak jawab. Tapi aim yang penting ada dalam doa, "Ya Allah, kurniakan kami kebaikan didunia dan kebaikan diakhirat". Mungkin inilah yang patut kita usahakan.

Friday, May 06, 2011

CERITA 20 TAHUN LALU DI ST. LOUIS

Lama dah rupanya puisi yg aku tulis, dah hampir 20 tahun. Macam baru beberapa tahun lepas berlalu. Kalau boleh jadi Doraemon, boleh balik semula melalui pintu masa, tengok balik zaman remaja yang penuh gemilang (???) memperbetulkan kesilapan lalu. Tapi tentulah mengarut. Tak masuk akai. Itulah takdir, kadaq dan kadar. Ketentuan Ilahi. Pertemuan 2 dunia, melalui persimpangan kehidupan yang masih kabur ...membina cinta dan cita, mengejar masa hadapan ditemani mentari, hujan dan pelangi.

HARI-HARI TERAKHIR DI SL

Pasti diingatanku
kita melangkah seiring
tika sal
ji malam itu
menyusur perlahan
antara waktu-waktu terindah buatku
QT dan sepanjang Evarts
memutih segar cinta sucimu
pertama dan terakhir
dan pasti tiada lagi jejak-jejak itu
salji itu cair jua
bersama titis-titis jernih
membasahi kedua pipimu
namun kerana cinta ini
kita masih mampu mengukir sejuta senyum
terima kasih sayangku

Gadisku
hari-hari terakhir tiba jua
disambut angin utara
dalam dingin salji dan hangat salam ibu
doaku moga cinta kita terus mekar dan segar
pasti oxeye dan evarts bertemu
tersimpan menjadi memori terindah
namun kita harus pergi
dalam salji yang beku
tika ranting kering kehilangan dedaun
dan lambaian perpisahan di Lambert
kita tinggalkan sejuta kenangan
yang pasti tidak akan usang
menjadi mimpi terindah cinta kita

Sayangku
masih terasa lembut salji
kulempar bertaburan menyentuh wajahmu
kau gadisku berlari dalam hembus bayu
kita senyum dan ada ketikanya menangis
lewat musim dingin itu