Wednesday, December 29, 2010

TIPS MENGENAI MASA

www.timesavers.sg menyenaraikan cara untuk menjimat masa di Kiasuland.

1. Beli 7 helai baju yang sama pattern dan warna - dapat jimat 35 minit sehari untuk pilih baju. Dah lama aku nak buat macam ni. Enstein ada 3 jaket yg sama so tak payah buang masa pilih jaket.

2. Sesapa yang pakai tie, jangan buka simpulan supaya senang pakai semula - jimat 5 minit sehari. Dah praktis sejak 18 tahun dulu.

3. Jangan makan dengan ramai orang - jimat 45 minit. Jadi kera sumbang. Dengan 2-3 orang Oklah.

4. Memandu di belakang ambulance - jimat 45 minit. Ini betul-betul kiasu.

5. Jangan tawat menawar -jimat 25 minit. Kalau kaya bolehlah.

6. Tidak beratur di tempat yg terdapat queue panjang - jimat 45 minit. Tip ni OK, contohnya guna internet untuk bayar bil.

7. Membotakkan kepala - jimat 5 minit untuk sikat rambut. Yang ni OK. Lama tak sikat rambut sebab rambut tak berapa nak ada.

Dalam Islam ada tips yang menekankan keutamaan masa dalam hidup kita yang singkat di dunia ini. Perlu memaksimumkan waktu-waktu berikut:

  • Masa hidup sebelum mati - banyak benda tak buat lagi, sembahyang pun tak sempurna
  • Masa kaya sebelum miskin - sekarang ni kaya pun tidak, miskin pun tidak.
  • Masa sihat sebelum sakit - yang hisap hisap rokok macam ekzos lori hantu, berhentilah
  • Masa lapang sebelum datang masa sempit - selalu procrastinate
  • Masa muda sebelum tua - dah nak tua tapi masih young at heart. Masa muda tak bersedia secukupnya.

Sunday, December 19, 2010

HAJI 2010: PERJALANAN WAJIB SEKALI SEPANJANG HAYAT




Alhamdulillah. Jam 9.00pm, 13 Dis. 2010 yang lalu selamat touch down di KLIA dari Madinah. Kembara panjang di 2 tanah haram selama 44 hari telah berakhir. Semoga pengorbanan untuk melaksanakan rukun Islam ke 5 ini tidak sia-sia dan mendapat ganjaran dari Allah Swt. Amin.

Berdasarkan pengalaman sendiri dan rakan-rakan, melaksanakan kerja-kerja haji tidaklah susah apabila sudah berada di Mekah tetapi memupuk cita-cita dan membuat persediaan mental dan fizikal sebelum berangkat adalah sangat utama dan memerlukan kesungguhan. Sekiranya mental tidak kuat, jemaah akan terpengaruh dengan cerita-cerita pelik seperti balasan secara cash, tidak nampak kaabah kerana dosa masa lampau, sesat dll kepercayaan karut sedangkan tujuan ke sana hanyalah satu iaitu untuk melaksanakan tanggungjawab kepada Allah swt. Akhirnya, kita semaikan dalam pemikiran bahawa kita belum bersedia, belum sampai seru, tidak berkemampuan dan sebagainya. Sebahagian besar cerita pelik adalah tidak benar sama sekali. Allah maha Pengasih dan maha Pengampun. Tentu saja tetamuNya diberi layanan yang baik. Bukanlah layanan seperti Raja. Tentulah berbeza dan tidak sama dengan tanahair sendiri. Sekiranya niat baik, Insya Allah akan dipermudahkan. Pergilah sementara masih kuat. Selain sedikit ilmu dan kemampuan kewangan, yang utama ialah kemampuan fizikal kerana ibadah haji lebih kepada pergerakan fizikal. Jika ingin bersembahyang jemaah pun kena sihat dan kuat kerana ada berpuluh ribu, beratus ribu, malah mencecah 1.8-2.8 juta orang menjelang hari wukuf yang akan berebut melakukan ibadat di Masjidil Haram. Di padang Arafah pula jumlah jemaah akan mencecah sehingga 5 juta orang termasuk jemaah masuk tanpa permit Saudi. Jadi, pergilah semasa muda, semasa fizikal masih kuat dan ingatan masih tajam.