Thursday, April 22, 2010

PULAU MANUKAN




Kali pertama menjejaki kaki ke Pulau Manukan lebih kurang 14 tahun dulu iaitu pada tahun 1996. Ketika itu tidak berapa ramai pelancung. Pantainya cantik dan tidak crowded dengan pengunjung seperti sekarang. Ketika itu air di tepi pantai di aras pinggang pun masih jernih, banyak ikan, masih ada batu karang dan dasarnya cantik berwarna warni. Kali ini aku bawak 1 family ke KK hujung tahun lalu dan aku berpeluang sekali lagi ke Pulau Manukan. Sekarang mungkin kena pergi 30-50 meter dari pantai baru boleh jumpa khazanah laut sebegitu. Mungkin 20 tahun lagi tak ada apa yang tinggal di Pulau Manukan, cuma pantai yang biasa-biasa saja, untuk berkelah. Mungkin cucu cicit kita tak ada peluang lagi menikmati semua ini kecuali mereka yang kaya, itupun kalau masih ada semua benda-benda ni. Kalau dah lenyap semua flora dan fauna dan khazanah laut ni, ada duit pun tak guna...

Thursday, April 01, 2010

KOPITIAM DAN KAKI KATAK


Cerita dalam Utusan pada 20 Mac 2010 sangat menarik terutama untuk pengunjung kopitiam. Aku pun selalu pergi jugak ni. Next time tak pergi dah kopitiam kopitiam ni. Orang Islam kena fikir banyak kali kalau pasal makan ni. Anyway terpulanglah kepada tuan punya perut sendiri. Katak pun sodap...hehehe