Monday, June 11, 2007

JIJIN & MILA


Malam Ahad lepas kami makan-makan di Bora Ombak. Tak tahu pulak ada Finalist AF5 buat persembahan. Ada Mila, Ebi, Aswad, Heliza dan Candy. Anak-anak aku sukalah. So, apa lagi Jijin seronok dapat bergambar dengan What's up..What's up...

Thursday, June 07, 2007

OFIS BOY

Adik kata dia dengar mak cakap masa kami kecil dulu dia harap dia dipanjangkan umur untuk tengok aku dan adik-adik lain membesar, ambil SRP, SPM, dan... Mak kata lagi mintak-mintak dia sempat tengok aku dapat kerja... sekurang-kurangnya jadi ofis boy! Terkejut? Tak tahu sama ada nak senyum atau menangis! Anyway, aku bersyukur dengan apa yang ada. Yang penting doa mak agar aku dan adik-adik berjaya di dunia dan akhirat. Dari segi material, kami semua alhamdulillah, mungkin hal-hal spiritual perlu diberi perhatian pulak.

Monday, June 04, 2007

NOLSTAGIA

Aku balik kampung 2 minggu lepas. Singgah di Temerloh. Sejak lebuhraya baru dibuka, aku memang tak lalu Temerloh lagi. Hari Sabtu 26 Mei 2007 adalah giliran salah sorang pakcik aku menghoskan mesyuarat keluarga yang diadakan setiap 2 bulan sekali. Biasanya kalau ada mesyuarat tentulah ada makan-makan. Itulah yang seronoknya. Dapat berkumpul dan makan-makan. Kami tiba lebih kurang pukul 12.30 tengahari. Mak, adik beradik serta pasangan masing-masing masih tengah kusyuk bermesyuarat. Hebat betul dia orang ni. Dah hampir 2 setengah jam masih belum habis meeting. Cerita tentang keluarga masing-masing, harta pusaka dan seribu satu cerita serta tindakan yang setiap keluarga kena ambil. Sebelum lebuhraya dibuka memang aku selalu lalu jalan lama tapi tak sempat nak singgah. Namun begitu bukan bermakna kami sedara mara tidak berjumpa. Kami selalu berjumpa di Kuantan sekiranya ada function, biasanya dalam 2 atau 3 bulan sekali.

Tiba-tiba kisah lama bermain-main difikiranku sebaik sahaja aku matikan enjin kereta. Kali terakhir aku singgah di rumah pakcikku ialah pada tahun 1995, maknanya lebih kurang 12 tahun dulu. Dah lama sungguh. Masa tu aku terpaksa bermalam ketika pulang ke Jengka dari KL kerana tiada bas. Tiket bas KL-Jengka dah habis jadi terpaksa naik bas KL-Temerloh sebelah malam dan tiba di Temerloh lebih kurang pukul 10.30 malam. Apa nak buat. Tetapi kalau bukan kerana tiada bas tidaklah aku menumpang tidur di Temerloh dan mungkin tak pernah sampai ke rumah ni. Lebih kurang 2 tahun wife aku di Jengka. Malah Along hampir lahir di Hospital Jengka sekiranya tidak dibawa ke Kuantan. …Atau mungkin wife aku terberanak dalam kereta sekiranya tak sempat sampai di Kuantan! Suami kepada kawan wife aku yang hantarkan wife aku ke Kuantan. Masa tu aku belum pindah ke KL, masih di Kuantan. Weekend husband and wife. Terasa susah, sedih dan teramat letih kerana terpaksa berulang alik seminggu sekali. Ditambah pulak dengan beban kerja di pejabat. Lebih kurang 6 bulan berulang alik Kuantan-Jengka. Dengan kedatangan orang baru dalam hidup kami macam-macam persediaan perlu dibuat. Gaji pun tak besar mana. Cukup-cukup makan. Selepas pindah KL, aku berulang alik KL-Jengka pulak. Petang Sabtu aku pun lintang pukang keluar pejabat mengejar bas 2.30 petang di Jalan Pekeliling untuk balik Jengka. Bos aku pun tahu routine hujung minggu aku, jadi tak boleh kacau pada hari Sabtu. Sampai lebih kurang pukul 5.30 petang. Biasanya wife dan baby dah menunggu di stesen bas. Belum hilang penat, hari Ahad dah kena balik KL, biasanya bas jam 5.30 petang. Setiap kali balik KL, drebar bas akan pasang video cerita yang sama lakonan Jackie Chan atau cerita bollywood lakonan Madhuri Dixit. Aku lupa tajuknya. Tapi biasanya aku berdengkur separuh dari perjalanan ke KL. Begitulah perjalanan hidup aku untuk setahun setengah berikutnya. Tuhan saja yang tahu… Tapi aku sedar mungkin ada orang lain yang melalui pengalaman yang sama dan mungkin ada lebih sukar dari aku. Mungkin ada hikmahnya. Aku tabik mereka yang hidup begini bertahun-tahun, berkorban demi rezeki dan masa depan yang lebih baik. Yang pasti ada 2 orang isteri yang sama-sama naik bas dengan aku setiap minggu. Aku pernah duduk di sebelah mereka tapi tak pernah berbual panjang. Kami bertiga adalah penumpang regular KL-Jengka dan Jengka-KL. Aku pun memahami perasaan mereka apabila setiap kali suami dan anak masing-masing menghantar mereka di stesen bas Jengka dengan wajah sayu dan kuyu. Aku pasti mereka juga faham perasaan aku. Alhamdulillah semua itu adalah sebahagian jalan kenangan dan berharap aku tak perlu lagi melalui pengalaman yang sama di masa hadapan. Namun, aku juga bersyukur sekurang-kurangnya aku pernah melaluinya.

Tiba-tiba Ayah Cu muncul dan memanggil kami yang sedang menunggu di bawah Porch, “Jom makan, meeting habih dah”. Apa lagi saat yang ditunggu dah tiba. Ayam goreng, masak lemak labu, gulai ikan patin, ulam dan sambal belacan…