Monday, December 31, 2007

CUTI HARI RAYA KORBAN

Cuti Raya HAji kali ini agak panjang, bersambung dengan cuti akhir tahun mulai 20hb. sehingga 30hb. Disember 2007. So combination raya dan cuti. 20&21hb Dis di Kuala Kangsar, 22&23hb di Lumut, 24&25hb di P.Dickson dan 27hb hantar Mak dan Bak balik ke Ktn.
19 Dis 2007 - Bertolak ke Kuala Kangsar jam 8.30 malam melalui Lebuhraya Guthrie ke Rawang. Kereta bergerak perlahan dan kadangkala terhenti. Ambil keputusan exit di Bukit Beruntung untuk makan malam dulu. Pekena nasi goreng, sup sayur dan telur dadar. Lepas makan baru bergerak semula lebih kurang pukul 10 malam. Walaupun banyak kereta, perjalanan lebih lancar. Berhenti lagi di Tapah sebab mengantuk. Tidur lebih kurang 40 minit sebelum memulakan perjalanan semula sambil makan kacang rebus. Bersesak lagi di Tol Ipoh. Nampak Pak An dengan isteri barunya. Nampak lebih ceria sekarang. Rezekilah tu namanya. Nasib baik guna Smartag. Sebelum sampai kawasan rehat Sg. Perak sakit perutlah pulak. Mungkin penangan kacang rebuslah tu. Berhenti sekejap. Dan akhirnya sampai di KK jam 1.30 pagi. Ohh..penat gila!!! tambah pulak tu kerja full time sebelah siang. Alhamdulillah selamat sampai. Kira awal juga sebab Pak An bertolak dari Putrajaya jam 7.30 malam, drive terus tapi still kita orang sampai dulu.
20 Dis 2007 - 8.15 pagi pergi masjid Ubudiyah untuk sembahyang raya. Sampai di masjid orang sedang sembahyang. Park kereta. Berlari masuk tapi penuh dan orang tengah sujud rakaat pertama. Cepat sangat sembahyang. Tak sempat. Ajak Man pergi masjid di bandar. Sampai di bandar, orang masih bertakbir dan masih ramai berpusu-pusu ke masjid. Alhamdulillah, sempat duduk dan bertakbir. Sembahyang bermula pukul 8.40 pagi. Balik rumah, rehat dan makan apa yang patut. Lepas tu beraya ke rumah arwah Pak Wi di Lubuk Merbau dan kemudian ziarah kubur arwah bapa mertua. Lebih kurang jam 11 pagi kami bertolak ke rumah Lop untuk tengok orang buat korban. Dah lewat, lembu dah disembelih dan dilapah, cuma tinggal saki baki tulang, ekor dan daging sedang dipotong dan dibungkus. Masukkan daging dalam kereta. Jamah serba sedikit makanan di rumah Lop. Anak-anak dah keboringan termasuklah aku yang memang letih dan mengantuk. Dah kenyang kamipun balik ke Taman Bukit Kerajaan. Sampai rumah, apa lagi tanggal baju Melayu terus landing. Kena pulak aircon dan kipas yang sepoi-sepoi sejuk tu. Memang tak sedarlah. Jam 6.00 ptg, kami ke Bukit Chandan. Mak Chandan menyambut kami. Pak An tengah tidur. Nampak wife dia berbual dengan Ina. Berpakaian kemas tapi rambut masih basah...projek petanglah agaknya!!! Anyway bagi chance kat dia cover apa yang dia dah miss beberapa tahun yang lepas. Hai rezeki...
To be continued dgn gambar-gambar raya & travel later.

Wednesday, December 12, 2007

PANTAI & FAMILI






Kalau balik Kuantan, mesti bawa anak-anak mandi manda. Gambar atas diambil di Teluk Tongkang(?), sebelah Teluk Chempedak. Pantai ini bersambung dengan Teluk Chempedak tapi perlu naik jambatan/canopy merentasi kawasan berbatu di sebelah hutan simpan. Selain daripada tu, mesti beli Satar dan Otak-otak di Gerai Pak Soh, Tanjung Lumpur.

MAK KENA OPERATE

Balik Kuantan Jumaat 30 November 2007 tengok mak. Mak baru operate buang bisul yang tak baik akibat kencing manis. Alhamdulillah, tak teruk walaupun seketul daging perlu dibuang dibahagian pinggang menyebabkan bahagian pinggang belakang sebelah kiri tulang belakang berlubang sedalam 1 inci dengan diameter 2 inci. Kalau lambat pergi hospital mungkin lebih banyak daging yang mati perlu dibuang. Kalau di kaki, mungkin lagi cepat gangren berlaku. Setakat hari ini nampaknya keadaan mak baik. Luka semakin sembuh dan paras gula terkawal. Masa cuci luka hari Ahad paras gula 5.8. Hopefully, kesihatan mak pulih dan boleh mengajar Quran seperti biasa.

Friday, December 07, 2007

CAMCORDER



Semalam first time pergi JUSCO Bukit Tinggi yang baru saja dibuka. Terus ke Harvey Norman. Memang dah lama cari camcorder. Yang ada dalam kepala ialah jenama SONY, Panasonic dan JVC for beginners. Biasalah level tu aje yang murah ranging dari RM1500-2,000. Dulu pernah pakai SONY so sebelum ni dah survey SONY DCR-SR42E & DCR-SR62E (RM1999 & RM2,599) But after second thought, finally beli aje Panasonic SDRH20 dengan features hampir sama dengan SONY DCR-SR42E. Harganya murah RM500 berbanding dengan SONY. Harga asal RM1599 tapi dapat RM1500 + free bag+free SD card 1GB. Model Panasonic SDRH20 ni jenis hybrid-HDD+SD. HDD 30GB cukup untk recording selama 7-25 jam bergantung kepada kualiti video. Walaupun 1CCD dgn 800K, gambar tak banyak beza dengan camcorder lain yang sekelas dengannya. OKlah untuk amatur.

Thursday, November 22, 2007

KIASU

A to Z of Kiasu….(from http://www.asianjoke.com/)

Always must win
Borrow but never return
Cheap is good
Don't trust anyone
Everything also must grab!
Free! Free! Free!
Grab first talk later
Help yourself to everything
I first, I want, I everything
Jump queue
Keep coming back for more
Look for discount
Must not lose face
Never mind what they think
Outdo everyone you know
Pay only when necessary
Quit while you are ahead
Rushing and pushing wins the race
Sample are always welcome
Take but don't give
Unless it's free forget it
Vow to be number one
Winner takes it ALL! ALL! ALL!
Yell if necessary to get what you want
Zebras are kiasu because they want to be both black and white at the same time

Friday, September 28, 2007

PUASA

Diam tak diam, dah 16 Ramadhan. Separuh perjalanan menuju Eid Mubarak. Nampaknya Surau dan Masjid makin kurang dikunjungi seperti mula-mula Ramadhan dulu. Tak tahulah pulak kalau tempat lain bertambah pengunjungnya. Anyway Raya kali ni tak sehebat dulu. Tak ada bonus...Puasa tahun ni sangat meletihkan. Kertas kerja dan fail yang banyak perlu clear. Pastu pulak depa ni time puasanilah nak buat meeting hari-hari... Tak boleh ke buat lepas raya nanti. AKu dah tak boleh fikir ni.

Masa ni buatlah review kerja yang lepas, update info dan get new knowledge mengenai kerja. Updated info ni penting. Of course meeting pun is to get info tetapi kalau hari-hari, setengah hari habis meeting, bila nak buat kerja lain. Actually info is the power that we have selain dari duit. Dalam Marketing Concept pun ditekankan tentang perkara ini. Actually it is the heart of public/private delivery system but people don't realize it. Dalam study of Marketing Concept ada school of thought yang sangat-sangat menekankan tentang pentingnya the generation of information in the organization, the dissemination of information(strategic information) dan feedback/action taken based on the information dissiminated/received. Contoh paling senanglah. Receptionist/Telefonis perlu ada maklumat am tentang syarikat/organisasi. Kalau tak cam mana nak jawab kalau orang tanya. Itu antara masalah besar dalam organisasi - tak ada maklumat atau strategic info. Kalau ada pun, tak dissimininate pada kakitangan, simpan sendiri sahaja. Anyway apa aku cerita ni??? Tazkirah pagi Jumaat.

Monday, July 16, 2007

AKTIVITI

Beberapa minggu lepas memang tak sempat nak update. So tengok gambar sajalah. Yang mana sempat aku masukkan.


B-B-Q. Budak-budak ni kena sentiasa ada aktiviti. Kalau tak tak boleh duduk kat rumah. Kena pergi berjalan atau window shopping.



Hari jadi Puan Zarina yang ke 38. Tua ooo... Just a small cake and a present but lots of love. Kat rumah saja. Nak buat besar-besaran poket tak mengizinkan. Anyway Alhamdulillah masih dipanjangkan umur dan masih ada rezeki yang cukup untuk keluarga.




Pergi Sekinchan, meraikan perkahwinan. Sepanjang jalan di sini dapat tengok sawah padi menghijau. Anak-anak memang tak biasa dengan sawah padi, Jadi berhenti dan bagi mereka pegang tangkai dan pokok padi. Biasalah budak bandar...



Ni Dinner SENIMAN nak bantu pesakit kanser.Yang menyanyi mostly otai dari Indonesia dan Malaysia. Kalau nak compare Otai Indonesia memang power seperti Bob Tutopoli, Titiek Puspa, Herdaningsih? (nama mereka nak eja pun tak tahu) dan ramai yang aku tak kenal sebab mereka mula menyanyi ketika mak dan ayah aku belasan tahun lagi, pertengahan 50-an. Tapi suara dan lagu mereka sangat power especially konsert live dengan orkestra. Generasi muda pulak seperti Irwan Shah dan Acha Septriasa yang lembik dan meleleh. Ntah camana dia orang ni boleh top sangat. Jauh beza qualiti antara 2 generasi ni.

OFIS LAMA




Hari ini genap 4 bulan aku meninggalkan pejabat ini ke satu tempat yang jauh berbeza. Masih terbayang bagaimana setiap pagi aku disapa dengan salam dan kadangkala Selamat Pagi oleh Pengawal sebelum memasuki bilik ini selama 2 tahun setengah. Antara bilik tercantik di sini. Bukan saja suasananya yang masih aku ingati tetapi baunya juga berbeza dari bilik-bilik yang pernah aku duduki. Aku kira orang yang pernah menduduki bilik ini juga penting suatu ketika dulu. Namu kini tidak lagi. Inilah tempat perbincangan, persinggahan, bergosip. Banyak juga perkara penting diputuskan di sini. Tetamu kecil, besar, Tuan, Puan, Dato, Datin, Dato' Sri, Tan Sri pernah singgah menyapa. Malah ada bekas Menteri pernah singgah memuji betapa cantik bilik ini dengan pemandangan di luar yang indah. Namun itu hanyalah kenangan. Tiada lagi appointment dan tetamu yang tidak diundang. Tiada lagi deringan telefon ketika sedang bersarapan dan lunch. Tiada lagi abang, adik, pakcik dan makcik dan tiada lagi si bulat, si panjang, si comel dan si hensem tersenyum memberi salam kerana aku bukan lagi penghuni bilik ini.

Thursday, July 12, 2007

SELAMAT HARIJADI TUN MAHATHIR (10 JULAI 2007)

Photo from Malaysia Today
Selamat Hari jadi yang ke 82 Tun.Semoga diberkati Allah. Kita tak tahu berapa lama boleh hidup. Hopefully Allah juga akan bagi kita aku dan keluarga umur yang panjang dan diberkati serta kesihatan fizikal dan mental yang baik sepanjang hayat. Ada banyak remarks/comments in one of the blogs. Kalau rajin bacalah:
His "official" date of birth is Dec 20, 1925 but Mahathir Mohamad was actually born on July 10 that year.
Happy Birthday, Tun.


http://rockybru.blogspot.com/2007/07/happy-birthday.html

Monday, June 11, 2007

JIJIN & MILA


Malam Ahad lepas kami makan-makan di Bora Ombak. Tak tahu pulak ada Finalist AF5 buat persembahan. Ada Mila, Ebi, Aswad, Heliza dan Candy. Anak-anak aku sukalah. So, apa lagi Jijin seronok dapat bergambar dengan What's up..What's up...

Thursday, June 07, 2007

OFIS BOY

Adik kata dia dengar mak cakap masa kami kecil dulu dia harap dia dipanjangkan umur untuk tengok aku dan adik-adik lain membesar, ambil SRP, SPM, dan... Mak kata lagi mintak-mintak dia sempat tengok aku dapat kerja... sekurang-kurangnya jadi ofis boy! Terkejut? Tak tahu sama ada nak senyum atau menangis! Anyway, aku bersyukur dengan apa yang ada. Yang penting doa mak agar aku dan adik-adik berjaya di dunia dan akhirat. Dari segi material, kami semua alhamdulillah, mungkin hal-hal spiritual perlu diberi perhatian pulak.

Monday, June 04, 2007

NOLSTAGIA

Aku balik kampung 2 minggu lepas. Singgah di Temerloh. Sejak lebuhraya baru dibuka, aku memang tak lalu Temerloh lagi. Hari Sabtu 26 Mei 2007 adalah giliran salah sorang pakcik aku menghoskan mesyuarat keluarga yang diadakan setiap 2 bulan sekali. Biasanya kalau ada mesyuarat tentulah ada makan-makan. Itulah yang seronoknya. Dapat berkumpul dan makan-makan. Kami tiba lebih kurang pukul 12.30 tengahari. Mak, adik beradik serta pasangan masing-masing masih tengah kusyuk bermesyuarat. Hebat betul dia orang ni. Dah hampir 2 setengah jam masih belum habis meeting. Cerita tentang keluarga masing-masing, harta pusaka dan seribu satu cerita serta tindakan yang setiap keluarga kena ambil. Sebelum lebuhraya dibuka memang aku selalu lalu jalan lama tapi tak sempat nak singgah. Namun begitu bukan bermakna kami sedara mara tidak berjumpa. Kami selalu berjumpa di Kuantan sekiranya ada function, biasanya dalam 2 atau 3 bulan sekali.

Tiba-tiba kisah lama bermain-main difikiranku sebaik sahaja aku matikan enjin kereta. Kali terakhir aku singgah di rumah pakcikku ialah pada tahun 1995, maknanya lebih kurang 12 tahun dulu. Dah lama sungguh. Masa tu aku terpaksa bermalam ketika pulang ke Jengka dari KL kerana tiada bas. Tiket bas KL-Jengka dah habis jadi terpaksa naik bas KL-Temerloh sebelah malam dan tiba di Temerloh lebih kurang pukul 10.30 malam. Apa nak buat. Tetapi kalau bukan kerana tiada bas tidaklah aku menumpang tidur di Temerloh dan mungkin tak pernah sampai ke rumah ni. Lebih kurang 2 tahun wife aku di Jengka. Malah Along hampir lahir di Hospital Jengka sekiranya tidak dibawa ke Kuantan. …Atau mungkin wife aku terberanak dalam kereta sekiranya tak sempat sampai di Kuantan! Suami kepada kawan wife aku yang hantarkan wife aku ke Kuantan. Masa tu aku belum pindah ke KL, masih di Kuantan. Weekend husband and wife. Terasa susah, sedih dan teramat letih kerana terpaksa berulang alik seminggu sekali. Ditambah pulak dengan beban kerja di pejabat. Lebih kurang 6 bulan berulang alik Kuantan-Jengka. Dengan kedatangan orang baru dalam hidup kami macam-macam persediaan perlu dibuat. Gaji pun tak besar mana. Cukup-cukup makan. Selepas pindah KL, aku berulang alik KL-Jengka pulak. Petang Sabtu aku pun lintang pukang keluar pejabat mengejar bas 2.30 petang di Jalan Pekeliling untuk balik Jengka. Bos aku pun tahu routine hujung minggu aku, jadi tak boleh kacau pada hari Sabtu. Sampai lebih kurang pukul 5.30 petang. Biasanya wife dan baby dah menunggu di stesen bas. Belum hilang penat, hari Ahad dah kena balik KL, biasanya bas jam 5.30 petang. Setiap kali balik KL, drebar bas akan pasang video cerita yang sama lakonan Jackie Chan atau cerita bollywood lakonan Madhuri Dixit. Aku lupa tajuknya. Tapi biasanya aku berdengkur separuh dari perjalanan ke KL. Begitulah perjalanan hidup aku untuk setahun setengah berikutnya. Tuhan saja yang tahu… Tapi aku sedar mungkin ada orang lain yang melalui pengalaman yang sama dan mungkin ada lebih sukar dari aku. Mungkin ada hikmahnya. Aku tabik mereka yang hidup begini bertahun-tahun, berkorban demi rezeki dan masa depan yang lebih baik. Yang pasti ada 2 orang isteri yang sama-sama naik bas dengan aku setiap minggu. Aku pernah duduk di sebelah mereka tapi tak pernah berbual panjang. Kami bertiga adalah penumpang regular KL-Jengka dan Jengka-KL. Aku pun memahami perasaan mereka apabila setiap kali suami dan anak masing-masing menghantar mereka di stesen bas Jengka dengan wajah sayu dan kuyu. Aku pasti mereka juga faham perasaan aku. Alhamdulillah semua itu adalah sebahagian jalan kenangan dan berharap aku tak perlu lagi melalui pengalaman yang sama di masa hadapan. Namun, aku juga bersyukur sekurang-kurangnya aku pernah melaluinya.

Tiba-tiba Ayah Cu muncul dan memanggil kami yang sedang menunggu di bawah Porch, “Jom makan, meeting habih dah”. Apa lagi saat yang ditunggu dah tiba. Ayam goreng, masak lemak labu, gulai ikan patin, ulam dan sambal belacan…

Sunday, May 13, 2007

HARI-HARI TERAKHIR DI SL

Pasti diingatanku
kita melangkah seiring
tika salji malam itu
menyusur perlahan
antara waktu-waktu terindah buatku
QT dan sepanjang Evarts
memutih segar cinta sucimu
pertama dan terakhir
dan pasti tiada lagi jejak-jejak itu
salji itu cair jua
bersama titis-titis jernih
membasahi kedua pipimu
namun kerana cinta ini
kita masih mampu mengukir sejuta senyum
terima kasih sayangku

Gadisku
hari-hari terakhir tiba jua
disambut angin utara
dalam dingin salji dan hangat salam ibu
doaku moga cinta kita terus mekar dan segar
pasti oxeye dan evarts bertemu
tersimpan menjadi memori terindah
namun kita harus pergi
dalam salji yang beku
tika ranting kering kehilangan dedaun
dan lambaian perpisahan di Lambert
kita tinggalkan sejuta kenangan
yang pasti tidak akan usang
menjadi mimpi terindah cinta kita

Sayangku
masih terasa lembut salji
kulempar bertaburan menyentuh wajahmu
kau gadisku berlari dalam hembus bayu
kita senyum dan ada ketikanya menangis
lewat musim dingin itu

Monday, May 07, 2007

PANTAI


Seputih dan sebersih pepasir di pantai. Sedingin dan seharum bayu menyapa lembut. Namun tiada lagi jejak-jejak itu. Hanya memori. Yang pasti ombak itu tetap hadir menghempas pantai. Sesekali mengingatkan aku pada saat dan waktu itu yang telah jauh berlalu. Aku rindu. Aku pasti rindu.

KEHIDUPAN

...kekadang panas sepanas mentari pagi dan ada ketikanya redup dan renyai disenja hari.