Wednesday, February 10, 2010

REUNION SEMESRA BATCH 85

Selepas 25 tahun meninggalkan sekolah, kami bertemu lagi. Jiwa muda yang masih sama tetapi bentuk fizikal berbeza. Ha ha.. Kurang rambut, boroi, berjanggut dll adalah tanda biasa, tak perlu risau asalkan mentally muda! Seronok berjumpa kawan lama. Tok Guru, jutawan, Dr., CEO, peniaga besar dan orang biasa seperti aku masih bercerita kisah-kisah lama. Sangat menarik dan kami bercadang berjumpa semula di Pondok agama yang diusahakan sahabat di Lanchang.

Thursday, February 04, 2010

BANGUNAN TERTINGGI DUNIA

Semua bangsa yang maju dizamannya meninggalkan legasi berbentuk monument atau objek seperti piramid dsb. Mungkin untuk menunjukkan kemajuan, kekuatan, aspirasi ketika itu dan mungkin juga keangkuhan. Sejak akhir ini, bangunan pencakar langit menjadi simbol kemajuan ekonomi negara-negara sedang membangun. Dubai mendahului ketika ini. Apakah keruntuhan ekonomi Dubai turut memberi kesan terhadap simbol yang sedang mereka bina. Nakheel Tower yang dicadangkan telah ditangguhkan tapi mereka masih mendahului melalui iaitu Burj Dubai. Negara mana selepas ini?